September 16, 2013

perempuan selalu persoalkan...

kenapa seperti aku sahaja yang memberi usaha untuk perhubungan ini?

kenapa dia tak bincangkan masalah dia seperti aku memberitahu masalah aku pada dia?

kenapa dia jarang call dan SMS aku seperti pasangan lain?

kenapa dia seperti tak mengendahkan jika aku keluar bersama lelaki lain?

mari sini kami beritahu.

lelaki bukan tidak memberi usaha sekuat perempuan dalam sesuatu perhubungan. sesungguhnya mereka memberi sepenuh usaha mereka dalam perhubungan ini. pernahkah kamu perempuan tahu betapa susahnya kami menawan hati kamu? pada awalnya perkenalan. kamu jual mahal. sungguh mahal. namun kami tetap tabah membeli perhatian kamu. kini kita sudah bersetuju akan perhubungan ini. tak salahkan jika kamu, sekurang kurangnya, hubungi kami dahulu?

wahai perempuan, sedarlah apabila kami mengadu masalah kepada kamu, itulah masalah kami yang kami tak boleh nak hadapi. kami bukan tidak mahu berkongsi. tapi kami tak pernah mahu kamu perempuan bersedih, bersusah hati kerana kami lelaki. sakit kami biarlah kami simpan sendiri. tapi kamu jangan pula simpan sakit kamu. kami sanggup untuk terima segala itu. jangan persoalkan kepercayaan kami. kami cuma tak mahu kamu bersedih. sebab itulah, selagi kami masih boleh urus sendiri masalah. kami akan urus.

kami lelaki bukan tak mahu call atau SMS kamu selalu. kami cuma tak mahu kemanisan bercinta hilang habis ketika kita masih belum halal antara satu sama lain. kalau pasangan lain sibuk bergayut berjam jam lamanya dari lewat malam hingga ke awal pagi. kamu tidurlah. sesungguhnya rehat badan kamu itu lebih penting dari mendengar suara kami yang tidak merdu langsung ini. kalau mahu berjaga dari hingga awal pagi. tunggulah apabila kami pasti sudah halal untuk kamu.

kami bukan tak mengendahkan. kami kisah. namun kami percaya akan kamu. kita setuju untuk perhubungan ini. maknanya kita setuju untuk percaya satu sama lain. jadinya, kami percayakan kamu. kami sememangnya meletakkan kepercayaan kami kepada kamu tak kira di mana dan dengan siapa. kerana percaya itulah tunjang utuhnya satu perhubungan. jangan sesekali merosakkan kepercayaan itu. kerana sekeping kertas yang dironyokkan tak akan kembali ke rupa asalnya.

jadinya wahai perempuan. kami bukan tak mahu kamu. kami mahu kamu. sebab itulah kami buat begini.

2 comments: