August 30, 2012

diam tanpa kata

assalamualaikum.

apa khabar awak?
saya harap. awak baik baik saja.
bukan apa. saya risau.

tiap pagi saya ucapkan selamat pagi kat awak.
tapi awak tak balas.
mungkin awak sibuk bersiap ke kelas. mungkin awak sedang fokus pensyarah mengajar. mungkin awak tak sihat. mungkin.
takpe. saya faham.

tiap petang saya belek telefon menanti mesej awak.
tapi mesej hotlink jugak yang sampai. kadang kadang MMS maxis tiba. ataupun mesej orang bertanya boleh tak beraya ke rumah.
mungkin awak penat balik dari kelas. mungkin awak masih ada kelas. mungkin awak sibuk nak buat kerja awak. mungkin.
takpe. saya faham.

tiap malam sebelum tidur saya ucap selamat malam kat awak.
tapi tak jugak dapat balasan.
mungkin awak sibuk siapkan tugasan pensyarah. mungkin awak sibuk selesaikan projek akhir awak. mungkin awak sudah lena dibuai mimpi. mungkin.
takpe. saya faham.

tapi kenapa awak perlu diam tiba tiba macam ni. sejak saya balik dari rumah awak tempohari. awak semakin cuba mengelak saya. awalnya, awak kata sambut harijadi mak. saya terima. kemudian awak kata, telefon awak kehabisan bateri. saya terima. selepas itu. awak terus tidak bagi alasan. dan awak terus mendiam.

saya tegur awak di mukabuku. awak kata awak sibuk sedikit. tapi di laman burung biru. awak sibuk bermensi. kalau kerana tugas. saya terima. tapi hanya gurauan semata.

kini. saya tegur di mukabuku. awak membisu. saya unmensi di laman burung biru. awak balas penuh sarkastik. saya mensi awak. tiada balasan.

takpe laa. kalau ini cara awak memberitahu saya yang saya tak diperlukan dalam hidup awak. saya terima. oleh itu, saya akan berdiam. saya harap. apa yang saya buat ini betul.

sekiranya awak terbaca blog ini. ketahuilah. yang saya sedang merindui. dan tegurlah saya. saya pasti akan melayan.

assalamualaikum.

August 25, 2012

bahagia......

assalamualaikum korang !

aku tengah bahagia sekarang ini !

sebab apa?

sebab dia.

babai !

August 12, 2012

20 years Journey

Malam 10 Ogos 1992

"Mak, Illa duduk bilik mana mak?" tanya ayah sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah nenek di Taman Cempaka.

"Bilik mana entah. tadi ada dia bagitahu. tapi mak tak ingat laa Man." jawab nenek.

"Eh? Illa kat mana mak?" tanya ayah kehairanan.

"Dia dah masuk hospital laa. Man, man." nenek senyum sambil geleng kepala.

begitulah ayah. sentiasa sibuk menguruskan hal mencari rezeki kami anak beranak. dan begitulah emak. selalu merahsiakan perkara yang dia rasa kurang perlu untuk di beritahu. bukan tak mahu beritahu. tapi dia tidak mahu ayah risau dan pekerjaannya terjejas.

3.27 pagi. 11 Ogos 1992.

tangisan bayi kedengaran lantang di bilik bersalin di Hospital Sultanah Aminah hari itu. bayi seberat 3.1 kilogram diurus kemas oleh doktor dan misi misi yang ada. ayah. sanak saudara. keluarga ayah dan emak. walau tidak semua. menantikan kehadiran bayi itu ke keluarga harmoni tersebut. 

"bayi lelaki !" teriak doktor seraya menunjukkan mukanya di muka pintu.

senyum terus terukir di setiap raut wajah mereka. berbunga-bunga hati mereka ketika melihat emak mengendong bayi tersebut.

Hamdan Shaqirin.

itulah nama yang diberi oleh atok. nama yang sering dalam doa. dengan harapan sentiasa diberi doa yang baik baik kepada diri ini.

20 Tahun berlalu. 11 Ogos 2012.

"HAMDAN !! kau pergi kerja jam berapa ni?" jerit emak dari tingkat bawah.

bangun. kesat mata. cari phone. phone mati. jeling laptop. 10.43 pagi.

"orang masuk kerja jam 12 mak." jawab sayu. tapi emak pasti dengar.

lantas bersiap. terus turun. ambik baju di ampaian. sarung. tengok muka emak. dia senyum. geleng kepala.

"dah besar panjang anak mak. gemuk !" kata emak.

aku tersenyum. ye. 20 tahun sudah aku hidup. hanya satu aku terfikir di saat hadirnya 11 Ogos 2012. terima kasih mak. terima kasih ayah. kerana kasih kamu berdua. aku lahir ke dunia ini. terima kasih Allah kerana menghantar rohku ke keluarga yang indah ini. :')

Terima Kasih ! syukur Alhamdulillah. :)

August 10, 2012

sayang?

salam jumaat!

oi korang! apa khabar?

sayang tak korang ke aku?
sayang?
wahhhh! terharunya. hikhik.
mengada pulak aku hari ni ye.

tapi aku nak tanya laa. korang sayang ke aku tu sayang macam mana? sayang sebagai pembaca? kawan? sahabat? kekasih?

oke stop. nak sayang aku. sayang laa. jangan sayang lebih lebih sebab aku ni heartless. penDEK kata laa. kahkah.

aku nak cerita ni pasal sayang. satu perasaan yang datang ke kita tanpa kita sadari. perasaan ni adalah perasaan yang mampu mengubah kita punya tanggapan ke sesiapa sahaja. dan perasaan inilah yang perasaan yang paling senang nak berubah kepada cinta. especially when it is involving two person with opposite gender. paham tak? laki dengan pompan laa.

kalau kau orang tanya aku laa. aku sayang semua orang yang aku kenal. baik laki. baik pompan. sayang lebih? family laa. kalau kawan kawan. begitulah sayang aku. tapi aku akui yang aku layan pompan ni lebih caring sikit. ye laa. kang aku sayang laki lebih lebih. kau orang cakap aku gay pulak. tapi kalau aku rasa dia (pompan) tu dah boleh jaga diri. aku biar je.

kenapa pompan kena sayang lebih? sebab rasional pompan ni kurang sedikit daripada lelaki. kurang lapan bahagian. kenapa aku cakap macam tu? sebab laki ada sembilan akal walhal pompan ada satu je akal. bukan aku nak merendahkan pompan. but its reality.

example. seorang anak kecil jatuh tangga yang agak parah. apa reaksi ibu? terus menerpa ke anak tu. tanya macam macam. sakit ke tidak. urut urut tempat yang berkemungkinan sakit. pujuk pujuk anak. nangis nangis. dan pelbagai lagi. tapi. apa reaksi ayah? start enjin kereta. angkat anak masuk dalam kereta. jalan ke klinik atau hospital. tanpa ada bunyi apa pun. kalau bunyi pun tanya kunci kereta kat mana laa.

nampak tak? sebab tu kena sayang perempuan lebih. lagi pun. aku sebagai laki. kalau sakit. takdenya aku nak mintak tolong kawan kawan lain belikan ubat ke hape ke. melainkan dah teruk. even mata koyak time ragbi dulu pun aku selamba lagi. bukan apa. laki punya ego ni tinggi. mereka tak mahu laa nampak lemah depan laki lain. sebab tu cara aku layan laki ni agak kasar sikit. sori ye kawan kawan.

oke. macam terpesong je. haha. balik pasal sayang ni. kena jaga jugak. jangan sayang sampai ke tahap memberi harapan. bukan apa. takut ada hati mana mana yang terluka. hati aku terluka? takkan lah. aku heartless. mana ada hati. kahkah.

jadi korang kena beringat. tak kira lah berkawan ke berkasih ke. perasaan sayang tu kena jaga. sebab. setinggi mana pun kita sayang kat seseorang tu. satu hari nanti. pasti dia akan tinggalkan kita. sebab kita semua pasti mati. ingat tu kau orang semua! kita semua PASTI mati.

oke laa. cukup laa aku mengarang. macam panjang sangat je post ni. kahkah. takde gambar pulak tu. anyway. thanks for reading.

akhir kata. saya sayang semua orang. especially yang menyayangi rusa dan gajah! kahkah.

kbai. :)

p/s : sorry for long post :p

August 06, 2012

Topik Twitter #1 : Cinta Generasi Kini

assalamualaikum semua ! oi korang ! apa khabar ? lama siot aku tak sentuh blog ni. kahkah.

jadi sebagai post permulaan aku nak bincangkan pasal tajuk kat atas.

CINTA GENERASI KINI

pagi tadi aku ada bincang sikit pasal topik ni. mulanya ingat aku masuk kerja jam 4. tu yang start topik. rupanya jam 12. terpaksa aku tunda ke masa ni laa. jadi tanpa membuang masa. aku nak quote kan apa yang aku tweet pagi tadi. mungkin akan bagi kau orang paham post aku ni.

"pakai tudung tak pernah lepas. tapi depan boyfriend tunjuk semua."

"dengan lelaki lain. tersentuh sikit pun tarik muka. dengan boyfriend bukan main erat genggam tangan."

"dengan lelaki lain tolak mentah mentah orang ajak naik motor sebab nak tolong kesusahan. dengan boyfriend bukan main lagi erat peluk walau takde kesusahan."

"keluar dengan kawan perempuan. ada sorang kawan laki dalam group. tak nak join. keluar dengan boyfriend. kawan perempuan offer temankan. dia tak mahu. tak romantik katanya."

"gambar dekat fb semua letak ayat ayat suci. gamba bagi dekat boyfriend gedik freehair."

oke. tu laa dia topik yang aku nak bincangkan. sebenarnya. perkara ni dah selalu sangat berlaku sekarang ni. sampaikan bila berpegangan tangan tu orang kata, perlu dalam menjalinkan hubungan. tak pegang. tak sayang. betul ke?

jadi aku dah post ni. aku nak feedback dari kau orang semua yang baca post ni. dan komen. kita bincang dalam twitter ye !


takde twitter aku? klik sini !

oke laa ! cukup dulu. lepas dapat konklusi kat twitter. aku post balik kat sini ye.

sekian, salam rusa dan gajah kepada semua pembaca. :p