September 28, 2013

Review Buku : Wayang Jadi Saksi oleh Kaz Ishak dari Roman

Penulis : Kaz Ishak
Helaian MS : 369
Harga : RM19.90
Cetakan Pertama : Julai 2013
Sinopsis : Mikail Mohamed, film projectionist panggung wayang di Suria, KLCC, bangunan agam kebanggaan negara. Sepanjang 5 tahun bekerja di panggung, Mika punya partners in crime, Barak, Kechik, Afiq dan Zack. Mereka berlima tembolok punya filsuf cinta yan sama iaitu cinta mereka terhadap filem dan sinema.
Mika teruja menantikan tayangan perdana 'Zombi Kilang Biskut' lakonan Sofea Abu Zahar, pelakon baru wanita popular tanah air. Dalam fikirannya hanyalah Sofea, gadis naif yang pernah bekerja ditempatnya. Kepingin Mika bertemu Sofea malam itu dibunuh nostalgia hitam. Sofea Abu Zahar kemalangan. Sejak itu Mika dihantui susuk gadis cinta agungnya itu. Siapa sebenarnya Sofea yang menghantui Mika?
Wayang Jadi Saksi membawa kita merasai kisah cinta neo-romantik mengutip pengalaman gelap kehidupan sebenar manusia dalam dunia sinema dan panggung wayang berlatarkan masyarakat pop urban kota noir Kuala lumpur. Membawa kita sama mencari makna filem dan sinema. Cinta dan persahabatan dari kaca mata manusia panggung. Sin'e'filia.

xxxXxxx

oke. pertamanya gua nak kabo yang Wayang Jadi Saksi ni satu novel yang sangat deep. dia punya deep tu sampaikan bila gua habis baca novel tu. gua rasa gua dalam panggung wayang. 

cerita ni diceritakan dari kaca mata seorang lelaki, Mikail Mohamed. cerita pasal jalan hidup dia. gua jumpa jalan cerita ni dalam Cekik & Amerika karya Ridhwan Saidi. well basically banyak je novel yang guna penceritaan begini. tapi Wayang Jadi Saksi ni persis Cekik & Amerika. pada gua, dari sudut penceritaan.

plot cerita yang agak berat tapi masih boleh diterima akal serta penceritaan detail sesuatu perkara tu buat gua masuk betul dalam novel ni. dan plot twist dia sangat power.

perasaan gua masa baca cerita ni seakan akan gua berjalan dalam dunia yang lain. watak Mat Tiara dan Nadia Khan sangat gua tak sangka. dalam berat novel ini. gaya santai juga diselitkan.

anyway. satu misteri yang ditinggalkan oleh penulis adalah mengenai pintu belakang panggung berdekatan dengan projektor filem Panggung 3. gua tak pasti sama ada gua terlepas pandang tapi gua nak tahu jugak pintu tu kemana.

oke. itu je kott yang gua boleh konsikan mengenai novel kedua Kaz Ishak. terasa ingin dapatkan 3 Naga. novel pertama beliau.

boleh dapatkan novel Wayang Jadi Saksi dekat ROMAN Bookstore. Roman juga keluarkan Mengejar Ajal, Kekasihku Mutan dan yang terkini, Fobia.

September 19, 2013

entri #3 : Seronok

assalamualaikum.
kali ni gua nak kongsikan entri gua bagi Pertandingan Menulis cerpen #SERONOK & #SAMAR
yes. gua tak menang.

Dia kini berada di depan aku. Duduk diam di situ. Terdiam kaku. Terdiam membisu. Bukannya dia tak mahu bergerak. Bukannya dia tak mahu bersuara. Aku pasti dia orang paling mahu bergerak dalam dunia ini. Aku pasti dia orang yang paling mahu bersuara dalam dunia ini. Sekurang kurangnya pada ketika ini. Dia mahu bergerak. Dia mahu bersuara.
xxxXxxx

 “Kenapa nak ajak saya makan sangat ni Sam?” tanya Rosmina. Dah berkali kali Sam mengajak dia keluar makan. Namun sering dia menolak atas faktor kerja. Kali ini dia terima hanya kerana teman temannya sudah balik ke kampung kerana cuti sudah bermula. Dia balik esok.

“Salah ke kalau saya nak belanja orang yang paling saya hormat ni makan?” balas Sam tenang. Rosmina senyum.

“Ada ada aje awak ni Sam. Kan ramai lagi awak boleh hormat. Kenapa awak pilih saya?” Rosmina berbasa basi.

“Pada saya, awak orang yang paling tinggi kedudukannya dalam hidup saya. Saya suka tengok awak cakap. Saya suka tengok awak jalan. Saya suka tengok awak dressing. Senang kata semua pasal awak saya suka. Saya say…” kata kata Sam dipotong.

“Maaf lambat. Ada kes tadi.” Seorang lelaki beruniform polis duduk menyertai mereka.

“Kenalkan Sam, ini Mazlan. Tunang saya. Dia polis. Lan, inilah Hisham yang saya selalu cerita tu. Sam, Awak tak kisah kan dia join sekali?” Rosmina toleh ke Sam.

“Tak. Saya tak kisah.”

xxxXxxx

Petang itu gempar berlaku pergaduhan di satu restoran terkemuka. Seorang polis dibelasah lelaki belasan tahun dan tunangnya dilarikan.

xxxXxxx


Dia mahu bergerak tetapi kakinya diikat kemas ke kaki kerusi dan tangannya di pasung ke belakang. Dia mahu menjerit sekuat hati tetapi mulutnya disumbat sapu tangan. Namun begitu, dia tetap cantik di mata aku. Perempuan paling aku hormat. Paling aku sayang. Kini dia milikku. Di hadapanku. Aku tidak peduli akan tunangnya. Akan orang di restoran tadi. Akan sesiapa. Yang penting, kini aku ada dia. Akulah orang paling seronok dalam dunia.

entri #2 : Tingkap

assalamualaikum.
kali ni gua nak kongsikan entri gua bagi Pertandingan Menulis cerpen #SERONOK & #SAMAR
yes. gua tak menang.

“Kau nak dengar satu cerita tak?” Faizal buka bicara.

“Pasal apa pulak?” Azmi hembus asap rokok.

Malam itu, tiba tiba sahaja Faizal mengajak Azmi keluar. Kebiasaannya, Faizal yang akan diajak kerana Faizal lebih berminat untuk duduk di bilik daripada keluar berembun. Namun, tidak malam itu.

“Kan aku cakap dah berapa hari aku terjaga pukul 4.35 pagi?”

“Dan kau cakap masa tu itulah. Tak pernah lewat. Tak pernah cepat. Yang tu?”

“Haa. Sebenarnya ada sesuatu yang kacau aku.”

Muka Azmi berubah. “Define kacau.”

“Kacau laa. Mulanya macam ni. Malam first aku tersedar tu aku buat dang ja. Perasan 4.35 tu pun sebab aku memang ngadap henfon aku. Jadinya aku biar. Tapi lepas tak boleh tido. Aku buatlah kerja.”

“Oke. Jadinya?”

“Malam kedua pun aku tak perasan apa. Cumanya aku duduk katil je laa. Esaimen dah siap. Tapi aku ada rasa pelik. Tak pasti pelik apa.”

“Kau dah siap esaimen? Nanti bagi aku pinjam ahh.”

“Hish kau ni. Yelaa. Ingatkan aku nanti. Kat mana aku tadi?”

“Malam second.”

“Haa. Malam tu aku ada rasa sesuatu yang pelik. Tapi tak pasti apa. Aku baring sampai laa pagi.”

“Kenapa kau tak tahajud je?”

“BMW.”

“Jadah kau ni. Hahaha. Oke. Go on.”

“Malam ketiga laa aku perasan benda pelik tu. Tiap kali aku tersedar 4.35 pagi tu. Tingkap aku mesti terbukak.”

“Kau lupa tutup kott.”

“Itu yang aku fikir mulanya. Tapi esoknya aku kompemkan aku tutup tingkap sebelum aku tidur sampai aku tertidur tengok tingkap tu.”

“Lepas tu?”

“4.35 pagi. Aku tersedar. Tingkap tu terbukak.”

“Kejap. Sebelum kau sambung cerita kau ni. Elok kita carik port lain. Lain macam dah aku rasa.”

“Mamak?”

“Jom.”

Sampai di kedai mamak, Faizal pilih tempat duduk paling hujung. Azmi ikut sahaja. Itu sahaja yang tinggal kosong dalam restoran tersebut. Malam itu perlawanan prestij tinggi. Chelsea menentang Manchester United. Pasti saja penuh. Teh tarik gelas besar dipesan mereka. Azmi bakar rokok. Faizal kibaskan asapnya. Dua gelas besar teh tarik sampai. Faizal hirup sikit. Azmi hembus asap. Faizal sambung cerita.

“Ok. Tingkap tu terbukak.”

“Tingkap tu terbukak. Lepas tu?”

“Start dari tu. Aku tak senang duduk. Kejap ngiring kiri. Kejap ngiring kanan. Niarap. Terlentang. Duduk bersila. Duduk cina kalah judi. Semua posisi dah aku try. Tapi aku tetap tak selesa.”

“Apesal?”

“Sebab aku asyik terpandang tingkap terbukak tu. Lagi satu, aku teringat masa malam pertama tu. Badan belakang aku sejuk. Sebab kena angin kuat.”

“Apa kaitannya?”

“Kan aku kata aku buat esaimen. Aku duduk kat meja study. Bila aku duduk kat meja study. Aku membelakangkan tingkap. Lebih kepada mengtepikan tingkap.”

“So?”

“Tingkap tu terbukak laa malam awal tu. Tapi aku tak perasan sebab ralit dengan esaimen tu. Malam kedua tu kan aku kata ada benda pelik. Tingkap tu jugak laa. Aku tak perasan sebab aku just pandang tingkap tu sekali lalu.”

“Ok. Jadi lepas kau perasan yang tingkap tu terbukak dan kau tak senang duduk apa jadi?”

“Entah. Sebab takut sangat kott. Aku bergerak sana sini sampai pagi.”

“Apesal kau tak tutup je tingkap masa kau tersedar tu?”

“Bagus punya soalan. Aku cadang macam tu lah masa malam lepas tu. Lepas tengok tingkap tu tertutup sampai tertidur. Bangun. 4.35 pagi. Tingkap terbukak. Aku terus nekad nak tutup ja tingkap tu.”

“Kau dapat tutup tak?”

“Tak.”

“Apesal?”

“Aku dengar ada suara.”

“Haa. Sudah. Kata apa?”

“Jangan tutup tingkap tu.”

“Kau tutup tak?”

“Tak. Aku terus patah balik. Naik katil. Selubung selimut. Terkup muka. Tutup mata. Tahu tahu je pagi.”

“Dah tu?”

“Sebab tu lah aku ajak kau keluar ni.”

“Kenapa?”

“Semalam. Malam latest. Lepas rutin biasa aku buat sampai aku tersedar tu. Aku kuatkan hati. Nak tutup jugak. Tak kira apa.”

“Jadinya, kau tutup tak?”

“Tutup. Masa tu lah aku nampak benda tu?”

“Kau nampak apa?”

“Aku nampak macam ada orang diri. Sebelah tingkap tu. Tapi…”

“Tapi apa?”

“Samar samar. Aku tak nampak jelas sangat.”

“GOL !!!!” satu restoran itu riuh. Nampaknya salah satu pasukan ternama itu Berjaya buka jaringan gol. Azmi terbatuk batuk. Dia sedang meneguk teh tarik ketika laungan itu bergema. Usai batuk. Azmi lihat Faizal terbeliak. Seakan terlihat sesuatu yang menakutkan. Azmi cuba pandang arah mata Faizal. Tiada apa kelihatan kecuali seorang lelaki berjoget keriangan.

“Mi. Jam pukul berapa?”

“4.36 pa..”

“Aku nampak tu Mi. Aku nampak budak tu semalam.”

“Haa? Budak joget tu?

“Bukan. Budak perempuan pakai baju merah tu.”

Azmi terdiam.

September 18, 2013

entri #1 : Perihal Anak Mereka Masuk Universiti

assalamualaikum.
kali ni gua nak kongsikan entri gua bagi Pertandingan Menulis cerpen #SERONOK & #SAMAR
yes. gua tak menang.

Surat tawaran ke universiti. Surat itulah. Surat yang semua pelajar lepasan SPM, STPM, Asasi ataupun Matrikulasi nantikan. Duduk depan pintu rumah tunggu abang posmen. Tunggu abang yang pakai baju merah putih biru bawak motosikal dengan sampul putih itu. Sampul yang diatasnya tertera “Urusan Seri Paduka Baginda”. Ya. Surat itulah.

“Anak mak dapat masuk universiti? Syukurlah! Malam ini kita buat kenduri kesyukuran. Kejayaan ini perlu disebarkan. Biar jiran semua tahu anak mak masuk universiti.” Kata ibu kegirangan sebaik sahaja surat itu tiba ditangan dan dibaca dia.

“Baguslah kamu dapat diterima masuk universiti tempatan. Kerajaan mesti tolong. Anak melayu masuk universiti kan? Pasti Menteri Besar kita salur bantuan. Bagus. Alhamdulillah.” Kata ayah apabila menerima surat itu sampai ke tangannya. Belum baca lagi dia sudah tahu itu universiti kerajaan.

Mereka teruja. Mahu tidak. Anak yang dibesarkan. Dihantar ke sekolah rendah kemudian menengah dan kini dapat tawaran ke universiti. Pastilah teruja.

Petang itu ibu terus sahaja ke pasar. Beli barang dapur. Majlis kesyukuran perlu meriah. Itu kata dia. Dia mahu masak Ayam Masak Merah. Panas. Pedas. Sesuai dengan keraian yang akan dibuat malam itu. Anaknya masuk universiti. Itu berita panas. Berita pedas.

Petang itu ayah terus sahaja ke pejabat pembandaran. Mahu dikhabar tentang kemasukan anak ke universiti. Agar orang atasan tahu. Agar menteri tahu. Anak melayu masuk universiti. Perlu dibawa ke pengetahuan YB. Agar YB dapat salurkan ke menteri. Agar bantuan turun mencurah curah. Anaknya masuk universiti. Kerajaan perlu bagi bantuan. Kerajaan perlu salur wang.

Malam itu, ibu jadi chef paling hebat. Siapkan jamuan untuk lebih 50 orang dengan pantas. Peluh mengalir pantas diseka. Penat menjalar cepat dinafi. Ini malam istimewa. Dia perlu cergas. Dia perlu pantas. Anaknya masuk universiti. Dia perlu jadi chef paling hebat.

Malam itu, ayah jadi jurucakap paling hebat. Sambut tetamu yang tak kunjung tiba tanpa lelah. Baju melayu diseterika tepat. Sampin songket diikat kemas. Ini malam istimewa. Dia perlu segak. Dia perlu jaga penampilan. Anaknya masuk universiti. Dia perlu jadi jurucakap paling hebat.

Majlis kesyukuran berlangsung penuh gilang gemilang. Tak pernah disangka ibu dia mampu untuk masak sebanyak itu dalam masa singkat. Tak pernah disangka ayah rumah mereka yang kecil itu mampu menampung tetamu yang banyak itu. Bagi mereka, ini adalah kesyukuran paling tinggi. Anak mereka masuk universiti. Peduli suara orang lain mengata belakang.

‘Anak diterima masuk universiti saja. Bukan mahu kahwin. Membazir sahaja.’

‘Baru diterima masuk anaknya itu. Belum tentu cemerlang’

‘Anak aku dulu masuk jugak universiti. Tiadanya aku buat majlis ini’

Kalau mahu dikata mereka membazir. Katakan sahaja. Mereka buat atas dasar sedekah. Ini tanda syukur mereka pada Ilahi. Diterjemah melalui sedekah sebegini.

Kalau mahu dikata anaknya belum tentu cemerlang. Katakan sahaja. Itu urusan masa depan. Berserah pada Ilahi sahaja. Itu bukan urusan mereka.

Kalau mahu dikata orang lain tiada buat majlis ini. Katakan sahaja. Anaknya yang satu itu itulah. Mana mungkin dibiar tanpa diraikan.

Mereka sibuk berkata. Namun masih suap lauk Ayam Masak Merah ke mulut dengan selera.

Biarkan sahaja mereka. Apa mereka kata. Ibu dan ayah relakan. Ibu dan ayah maafkan. Malam itu malam istimewa. Anak mereka masuk universiti. Mereka orang paling SERONOK dalam dunia.

September 17, 2013

sebagai lelaki.

gua ada keinginan untuk...

1. steady bagi mak ayah duit at least RM500/month sebelum fikir nak tepikan duit elaun bini.

2. punya rumah dan kenderaan sendiri sebelum punya bini.

3. selamba layan kehendak adik beradik sendiri sendiri sebelum nak puaskan hati adik beradik bini.

4. dapat layan kehendak diri sendiri seperti beli buku sebanyak banyaknya sebelum layan kehendak bini seperti beli baju kasut beg mekap sebanyak banyaknya.

5. gua nak rasa bujang berduit dahulu sebelum rasa ada bini.

well. gua rasa semua lelaki patut ada rasa gini kott.

September 16, 2013

perempuan selalu persoalkan...

kenapa seperti aku sahaja yang memberi usaha untuk perhubungan ini?

kenapa dia tak bincangkan masalah dia seperti aku memberitahu masalah aku pada dia?

kenapa dia jarang call dan SMS aku seperti pasangan lain?

kenapa dia seperti tak mengendahkan jika aku keluar bersama lelaki lain?

mari sini kami beritahu.

lelaki bukan tidak memberi usaha sekuat perempuan dalam sesuatu perhubungan. sesungguhnya mereka memberi sepenuh usaha mereka dalam perhubungan ini. pernahkah kamu perempuan tahu betapa susahnya kami menawan hati kamu? pada awalnya perkenalan. kamu jual mahal. sungguh mahal. namun kami tetap tabah membeli perhatian kamu. kini kita sudah bersetuju akan perhubungan ini. tak salahkan jika kamu, sekurang kurangnya, hubungi kami dahulu?

wahai perempuan, sedarlah apabila kami mengadu masalah kepada kamu, itulah masalah kami yang kami tak boleh nak hadapi. kami bukan tidak mahu berkongsi. tapi kami tak pernah mahu kamu perempuan bersedih, bersusah hati kerana kami lelaki. sakit kami biarlah kami simpan sendiri. tapi kamu jangan pula simpan sakit kamu. kami sanggup untuk terima segala itu. jangan persoalkan kepercayaan kami. kami cuma tak mahu kamu bersedih. sebab itulah, selagi kami masih boleh urus sendiri masalah. kami akan urus.

kami lelaki bukan tak mahu call atau SMS kamu selalu. kami cuma tak mahu kemanisan bercinta hilang habis ketika kita masih belum halal antara satu sama lain. kalau pasangan lain sibuk bergayut berjam jam lamanya dari lewat malam hingga ke awal pagi. kamu tidurlah. sesungguhnya rehat badan kamu itu lebih penting dari mendengar suara kami yang tidak merdu langsung ini. kalau mahu berjaga dari hingga awal pagi. tunggulah apabila kami pasti sudah halal untuk kamu.

kami bukan tak mengendahkan. kami kisah. namun kami percaya akan kamu. kita setuju untuk perhubungan ini. maknanya kita setuju untuk percaya satu sama lain. jadinya, kami percayakan kamu. kami sememangnya meletakkan kepercayaan kami kepada kamu tak kira di mana dan dengan siapa. kerana percaya itulah tunjang utuhnya satu perhubungan. jangan sesekali merosakkan kepercayaan itu. kerana sekeping kertas yang dironyokkan tak akan kembali ke rupa asalnya.

jadinya wahai perempuan. kami bukan tak mahu kamu. kami mahu kamu. sebab itulah kami buat begini.

September 13, 2013

berikutan Pertandingan Menulis Cerpen #SAMAR dan #SERONOK anjuran Fixi

oke. gua kecewa.

pagi tadi. kelas kalkulus. gua selongkar TL. nampak satu tweet.

"pertandingan menulis cerpen #SAMAR dan #SERONOK. deadline 3pm esok."

@BukuFixi yang tweet. lebih kurang begitulah. gua tak ingat.

gua terus girang. terus carik idea. gua fikir. selesai urusan semua. ngadap laptop. gua nak karang. untung untung. gua dapat buku free.

sampai bilik. gua tulis. gua tulis. okelah. gua taip. siap satu karya. hantar terus sebelum pergi ke Masjid Putih. solat jumaat.

lepas jumaat. kelas litar. gua terfikir. kalau hantar dua entri. elok jugak. satu #SAMAR satu #SERONOK . untung untung dapat dua buku free.

sampai bilik. gua taip. gua taip. dan gua taip. siap karya kedua. hantar terus tanpa lengah. gua lega.

dua karya. in fact tiga. jika engkorang mahu kira puisi aneh bertajuk "Jangan jadi pemalu. Jadi Penyegan" yang gua post awal petang tadi. dalam satu hari. otak gua lapang.

seminit lepas tu. gua bukak FB Fixi. gua carik post pasal pertandingan tu. gua terus terdiam.



gua buat dua kesalahan. pertama. tajuk karya yang gua hantar. kedua. patah perkataan bagi karya yang gua hantar.

oke. gua kecewa.

p/s : gua masih kecewa. mungkin esok atau lusa. gua kongsikan karya. buat engko yang membaca.

Jangan jadi pemalu. Jadi penyegan

Kau
Jangan jadi pemalu
Jadi penyegan

Malu itu bila kau tak tahu tapi tak mahu tanya
Segan itu bila kau tanya tapi soalan kau ditertawa
Untungnya segan, kau dapat jawapan

Malu itu bila kau nak suarakan sesuatu tapi kau diam
Segan itu bila kau katakan pendapat tapi pendapat kau diperli
Untungnya segan, kau didengari

Malu itu bila kau mahukan sesuatu tapi kau tak luahkan
Segan itu bila kau mengaku mahu tapi pengakuan kau ditolak
Untungnya segan, kau diberi perhatian

Jadinya
Jangan jadi pemalu
Jadi penyegan

-ditulis di dalam Dewan Kuliah 2, Kelas Kalkulus, 0904hrs-

September 11, 2013

bila petang ...

bila petang hujan. kau rungut tak boleh bermain padang.
bila petang berangin. kau rungut udara lembab undang kantuk.
bila petang panas. kau rungut mentari panas membakar kulit.

apa yang kau mahu sebenarnya?

hujan yang halang kau bermain itu.
hujan yang sama orang perlu untuk segarkan diri.

angin yang undang kantuk kau itu.
angin yang sama orang perlu untuk baring rehat.

panas yang membakar kulit kau itu.
panas yang sama orang perlu untuk keluar mencari keindahan.

apa kau fikir dunia ini dicipta untuk kau seorang?

September 08, 2013

KisPen #6.5 : Panas

sebelum gua mulakan post kali ni. gua akan kabo ke engkorang yang cerita ini berdasarkan kisah benar. sedikit adaptasi berlaku di sana sini tapi apa gua pedulik.

xxxXxxx

"akak tahu hotstuff tak?"

"hotstuff? yang orang cantik cun tu kan?"

"kak, hotstuff tu barang panas"

menjeling geram.

"oke laa. kalau lah ada dua gerai pisang goreng. satu tu dia pi goreng pisang pukoi lapan pagi then juai jam lima petang. satu lagi tu goreng jam 4.40 petang. juai lima petang jugak. akak nak mana satu?"

"akak pilih yang..."

"akak kau mana makan goreng pisang." abang driver sampuk.

diam

xxxXxxx

sekian. shalom.

September 07, 2013

7 September 2013

time gua mula tulis post ni jam laptop gua menunjukkan jam 12:53 PM. lebih kurang lima jam yang lepas gua sampai ke bumi Parit Buntar seterusnya ke Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan. gua rasa gua macam tenang sikit dah.

Assalamualaikum.

pertamanya nak ucapkan terima kasih mak ayah ira sara nenek sebab hantar pi naik bas dekat Stesen Bas PBPG.

keduanya nak ucapkan salam kejadahnya semua ini kepada konduktor bas Larkin semalam yang buat gua bertukar sampai tiga bas dalam jangkamasa 2 jam sebelum gua mula bergerak keluar dari Larkin Sentral.

then nak ucapkan salam kehujanan dan kebasahan kepada Fatimah Fauzi yang tetiba naik bas yang gua naik dengan penuh basah dan kemudian melibatkan gua dalam arena kebasahan dia dengan membantu dia angkat beg beg dia. takpe. gua basah gua okay.

kemudian nak ucapkan salam penuh kecomelan kepada #MakweComeyPakaiBB semalam kerana memberi gua mimpi indah lagi tidur yang nyenyak dan lena yang teramat sangat. dan sedih gua katakan dia tak sempat nak scan QR code gua semalam sebab gua tergamam dengan kecomelan dia. mihmih.

seterusnya ucapan salam kepagian kepada abg dari mak dan ayah yang lain Danial Shafiq kerana sudi menghabiskan masa serta minyak kereta yang naik 20 sen itu dengan mengambil gua di Stesen Bas Parit Buntar, teman gua sarapan dan juga melepak menantikan gua dapat kunci bilik. baik sungguh hati dia.

selepas itu salam penuh kecoh dan bising serta segala apa yang memecahkan ketenangan diberi kepada Syafiq Raheem setelah berjaya menjadi tetamu bilik gua yang pertama bagi sidang kali ni lantas memecahkan kesunyian yang ada sejak gua masuk bilik ini tadi. siap nak ajak pi pulau lepas tu tak jadi. pemberi harapan palsu. begitulah. petang ni nak bazirkan minyak motor dia yang dah naik 20 sen tu.

dan kini gua berada dekat sini. bilik 6107. keseorangan. mohon takde rumet yang teman gua sepanjang gua kat sini. nak datang biarlah manusia asli. kalau perempuan lagi elok. eh.

oke. sekarang gua tengah fikir sama ada nak kongsi gamba bilik gua yang kemas ni atau tak. dah 1:14 PM ni. 

September 06, 2013

6 September 2013

time gua mula tulis post ni, jam laptop gua menunjukkan 4:35 PM. lebih kurang empat jam lagi sebelum gua naik bas dan memulakan perjalanan gua ke USM Kampus Kejuruteraan. gua rasa gua tengah sentimental sekarang ni. jadi, kalau engkorang baca post gua ni. jangan emosi sangat.

Assalamualaikum.

cuti gua kali ni. gua rasa cuti yang cukup bermakna. cuti kali ni lain dari cuti yang lain. gua tak tau kenapa. tapi mata gua dah berkolam dah ni.

mungkin sebabnya, gua dapat sambut Ramadhan plus Syawal sebulan penuh dengan famili gua. dari tahun 2005 (form 1) sampai sekarang. gua tak rasa penuh dua dua bulan ni dengan famili. so, it's been so much fun. 

Ramadhan kali ni rasa best sebab gua mesti buka dengan famili. kalau tahun lepas, banyaknya buka kat MB. al Maklumlah, kerja sebagai pembantu gerai ja. walaupun tak de banyak hasil. dapatlah jugak belanja raya. cuma tak dapat nak rasa Buah Melaka mak je. tak pe laa. mak dah banyak bagi benda lain.

Syawal kali ni pulak first time dapat raya naik bas raya pertama. first time jugak dapat jumpa semua pakcik makcik belah mak pada hari raya pertama. PERTAMA. nenek siti laa orang paling gembira gua rasa. tapi gua tetap happy. walaupun dua tiga hari raya awal awal tu gua flat sebab makan banyak sangat. ahaha.

nak dijadikan cerita. cuti kali ni buat gua menjalin tali persahabatan dengan ramai orang yang dulunya rapat tapi lost contact. ramai. dan yang bestnya. kawan kawan sekolah rendah. well, selalunya gua balik PG ni lepak dengan Intan ja. tapi 31 Ogos hari tu dapat jumpa balik Adu Eina Shasha Ainina Aimi Azu Zay Epi Amin Kudut Azura. well, mostly kerja. tapi ada jugak yang study. but the best part is yang dah tunang kahwin beranak pinak tu. wahhh. pakcik sangat gua rasa.

soal hati? cuti ni hati gua ada. gua dah ready nak bagi kat sesorang. tapi dia belum ready lagi. doakan gua. ahaha. gua malas nak cerita banyak pasal part hati ni. cukup cukup.

hari ni last day gua ada kat sini. last but not least. gua akan balik jugak PG nanti. tapi bila ingat hari hari terakhir gua kat sini. rasa sebak pulak. ayah bawak pi Burger Bakar Abang Burn even gua ajak on short notice. mak sanggup masakkan Stew Gearbox plus bakarkan Otak Otak sebab takut gua teringat bila dah balik USM. adik gua belikan case phone BB baru. tengok si sara tu makin cerdik. gua tolong atok abas dengan nek ru kat klinik hari tu. nek siti lepak rumah gua seminggu. everything macam best sangat.

but all this good things laa yang beratkan hati gua untuk balik USM. it is so hard. engko tahu rasa bila engko satu semester tak jumpa famili, tak balik rumah. bila kau balik, lama pulak tu. pergh feeling dia tu. gua tak boleh kata. 

anyway, gua tak buat post panjang ni untuk engkorang yang baca ni nangis. gua buat post ni sebab nak kabo yang cuti kali ni lah cuti gua rasa hidup sikit. problem memang ada. kata hidup kan? mati je takde masalah ni. ahaha.

gua harap, gua dapat jumpa lagi mak, ayah, ira, sara, nek siti, nek ru, atok abas, kawan SKPG2, kawan kawan sepermainan, awak, kau, dia, eh. semualah. semua yang gua jumpa lagi kat PG ni. gua harap gua dapat jumpa lagi semua.

jam laptop gua ni menunjukkan 5:00 PM. gua ada few hours left ja. untuk kengkawan USM. jumpa engkorang semua kat sana. gua duduk bilik single sidang ni. 6107 !

kalau engkorang nangis. pi amek tisu. lap.

September 04, 2013

KisPen #6 : Chicken Chop

"Mak dah call belum brader tu? Pesan kat dia nak order apa. Senang nanti orang sampai terus amek order."

"Mak call dia tak dapat ni. Banyak customer kott. Kau pergi je laa. Mak nak chicken chop. Belikan nenek kau benjo."

"Ha ye laa. Nanti try lagi laa call dia. Orang gerak dulu."

xxxXxxx

"Bro ! Apesal tak angkat call? Ramai orang ke tadi?"

"Ye laa beb. Tak menang tangan ni."

"Ha ye laa. Bungkuskan chicken chop 2. Benjo satu. Bagi sos blackpepper tu lebih sikit tau bro."

"Siap."

xxxXxxx

"Assalamualaikum"

"Apesal mak call kau tak angkat?"

"Henfon kat atas."

"Ouh. Abang chicken chop tu kata dia tak niaga hari ni."

Diam.