September 11, 2012

what say you?

assalamualaikum.

aku nak tanya pendapat korang ni. antara tiga ciri gadis ini. mana yang korang akan pilih sebagai teman hidup jika korang adalah lelaki itu. juast asking for an opinion.

-----------------------------------------------------------------

Gadis 1

gadis 1 sayang kat lelaki itu. tapi lelaki itu sudah tawar hati kepada gadis 1. lelaki itu seboleh boleh meminta gadis 1 untuk mencari yang lain agar gadis 1 tidak lagi berharap kepada lelaki itu. gadis 1 pasrah. dicubanya lelaki lain namun lelaki itu juga di hati.

Gadis 2

gadis 2 baru sahaja break-up dengan kekasih lamanya. lelaki itu rapat dengan gadis 2 untuk menenangkan gadis 2 yang sedang dilanda kesedihan. secara tak disedari. lelaki itu terjatuh hati dengan gadis 2. namun gadis 2 tak bersedia lagi untuk memulakan hubungan baru. terus dia diam membawa diri kerana tak mahu lelaki  itu berharap.

Gadis 3

Gadis 3 dengan lelaki itu kekasih lama. terpisah atas sebab keluarga dan jarak. masa berlalu. lelaki itu cuba untuk move on. dan terjumpa dengan gadis 1 dan gadis 2. namun suatu hari, gadis 3 tiba tiba menegur di laman mukabuku. menyatakan yang kini gadis 3 sudah dekat dengan lelaki itu. namun ibu bapa gadis 3 sudah mencarikan jodoh untuk gadis 3. perasaan gadis 3 masih berbelah bahagi. diajak lelaki itu untuk berkawan.

-----------------------------------------------------------------

jadi apa pendapat korang? siapa yang patut lelaki itu pilih untuk  mengecapi saat bahagia selepas nikah? atau patutkan lelaki itu meninggalkan mereka dan berserah pada jodoh?

random things in second year.

assalamualaikum.

maaf lama tak jenguk blog. asyik sangat dengan dunia tulisan 140 aksara. alaa. laman burung biru tu. well. tergerak nak menulis hari ini.

banyak benda happens this few weeks. dari soal kerjaya. harta benda. pelajaran. dan juga hati dan perasaan.

"eh. bukan kau ni  heartless ke?"

haha. jadi. aku akan cerita satu satu. korang baca laa ye.

Kerjaya

macam gempak je kan. padahal kerja MarryBrown (MB) je. restoran makanan segera. well. tak de laa kusut sangat pasal ni. cuma gaji pun ngam ngam soi je laa. keje part-time kan? nak harap gaji banyak. memang tak laa. tapi cukup laa nak cover makan minum bulan first kat USM ni. hahaha.

Harta Benda

cerita pasal barang barang ni. aku beli kasut baru je laa. purple gitu. haha. semua orang jeles. semua orang jeles. dan yes. semua orang jeles. kahkah. oh. aku macam nak pi Popular kat Megamal Penang nanti. nak tambah Koleksi BukuFixi. aku nak sangat baca Murtad & Hilang.sebab dua novel tu yang sibuk diperkatakan ramai. apa? korang nak aku buat review BukuFixi yang aku baca? nanti laa. tunggu masa banyak sikit. hewhew.

Pelajaran

well. aku kini pelajar tahun dua Kejuruteraan Elektronik USM. dah tahun dua oi. dah senior oi. da tua oi. dah ... oi . haha. aku pun tak rasa yang aku senior lagi. banyak lagi yang aku kena belajar sebenarnya. sebab ye laa. orang cakap tahun dua adalah tahun yang paling busy sekali. oh oh. aku ada dapat offer menarik. tapi aku cerita post lain laa. oke?

Hati dan Perasaan

"eh. kata heartless? ni apesal cerita pasal hati dan perasaan ni?"

haha. bukan apa. aku dapat tahu yang si dia kini ada di USM. berpijak di tanah universiti yang sama tetapi kampus yang berbeza. kenapa dia datang sini balik? wallahualam. tapi dia cakap. ibuayah dia dah jodohkan dia dengan lelaki lain. anak kawan ayah dia. sedih jugak bila difikir balik. tapi takpe laa. aku percaya pada jodoh. ye. jodoh.

oke oke. aku rasa dah cukup panjang dah post ni. lain kali aku bagi detail detail ea. salam rusa salam gajah kepada semua pembaca. assalamualaikum.