January 15, 2014

apa akan jadi ...

apa akan jadi bila sebelas orang berkepala gila buat satu plan yang tiba tiba untuk pergi berjalan ke Taiping dan pulang keesokkan harinya?








ini. :)

January 13, 2014

tarik nafas... baca.

cerita minggu kali ini bermula dengan suatu pagi yang dimulakan dengan tidur yang tidak sempurna selama kurang 2 jam lalu bangun mandi tunaikan kewajipan dan kejut DLO untuk mengajak dia bersiap siaga untuk menuju ke Maktab Rendah Sains Mara Transkrian untuk satu program di mana mendapat tugasan menjadi fasilitator kumpulan number sembilan yang mewakili Kejuruteraan Aeroangkasa bersama DEENA yang aku tumpang keretanya bersama FIQAH sebelum pergi ke Desa Utama untuk menjemput AISHI dan ZANA dan terus ke destinasi yang mana kami tiba seiring dengan sebuah lagi kereta yang menempatkan IKMAL, IKHMAL, CHONG dan PEJEI dan dua buah moto yang dinaiki oleh FARA, MIRA, DAYAH dan YAYA yang selepas itu turut menyertai rombongan ialah CCT, ACAP, AZLINA, SHAH dan JEM selaku orang paling kuat program MRSM Engineering Debut lalu dijemput masuk oleh pelajar MRSM ke Bilik Cendekiawan untuk memulakan program yang power itu dan 20 minit kemudian EZZA, SYA AFIQ serta orang yang pertama aku jumpa pagi itu pun sampai dan mereka tiba lewat atas kerana AMIR yang tersesat dalam perjalanan kehidupan dan program tetap diteruskan sehingga ke penghabisannya.

cerita di sana tidak habis begitu sahaja apabila program yang dilakukan sangat #Awesome dan sepertinya semua orang #MudahTerhibur dengan program yang dilaksanakan sehingga membuatkan #Bonding antara #Family itu terasa kuat dan kukuh dan dirasakan akibat kekukuhan itu para fasilitator bertambah #Kencang lalu fenomena #FasiOverExcited pun terjadi sehinggakan #PunchlineTakSampai pun orang masih gelakkan juga dan yang paling penting sesi luahan perasaan sehingga menyebabkan tumpahan #AirMata oleh seseorang yang perlu dirahsiakan identitinya dan akhir sekali program ini dijangkakan akan #WujudDalamMemori semua orang.

itu sahaja yang nak diceritakan pada post kali ini yang saya perasan sebenarnya tak panjang pun di mana ia hanya terdiri daripada tiga ayat sahaja kerana selagi belum berjumpa tanda noktah bermakna tidak habislah suatu ayat itu dan kita dapat lihat bahawa post kali ini hanyak akan ada tiga ayat sekiranya ayat yang terakhir ini habis dikarang pada penghujung post dan dapat memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membacanya dan turut membaca setinggi tinggi tahniah kepada jawatankuasa program ini kerana membawa satu pengalaman yang cantik untuk pemulaan 2014 iaitu tahun ini.

Amirol Zamanhuri
Azlina Cheah
Asyraf Wahid
Faizal Razali
Siti Syahiirah
Farah Adibah
Ikhmal Fitri
Ezza Sofiah
Shahiddin Abu Bakar
Ahmad Ikmal
Akmal Sharuddin
Al Asyraf
Deena Deanna
Nurul Farzana
Syafiqah Khalid
Aishah Mokhtar
HIdaya Ariff
Amirah Zamri
Hidayah Rahim
Syaimaa Shuhaimi
Muhammad Afiq
Amir Muhd
thanks for the memories.






nak nangis jugaklah.