September 19, 2013

entri #3 : Seronok

assalamualaikum.
kali ni gua nak kongsikan entri gua bagi Pertandingan Menulis cerpen #SERONOK & #SAMAR
yes. gua tak menang.

Dia kini berada di depan aku. Duduk diam di situ. Terdiam kaku. Terdiam membisu. Bukannya dia tak mahu bergerak. Bukannya dia tak mahu bersuara. Aku pasti dia orang paling mahu bergerak dalam dunia ini. Aku pasti dia orang yang paling mahu bersuara dalam dunia ini. Sekurang kurangnya pada ketika ini. Dia mahu bergerak. Dia mahu bersuara.
xxxXxxx

 “Kenapa nak ajak saya makan sangat ni Sam?” tanya Rosmina. Dah berkali kali Sam mengajak dia keluar makan. Namun sering dia menolak atas faktor kerja. Kali ini dia terima hanya kerana teman temannya sudah balik ke kampung kerana cuti sudah bermula. Dia balik esok.

“Salah ke kalau saya nak belanja orang yang paling saya hormat ni makan?” balas Sam tenang. Rosmina senyum.

“Ada ada aje awak ni Sam. Kan ramai lagi awak boleh hormat. Kenapa awak pilih saya?” Rosmina berbasa basi.

“Pada saya, awak orang yang paling tinggi kedudukannya dalam hidup saya. Saya suka tengok awak cakap. Saya suka tengok awak jalan. Saya suka tengok awak dressing. Senang kata semua pasal awak saya suka. Saya say…” kata kata Sam dipotong.

“Maaf lambat. Ada kes tadi.” Seorang lelaki beruniform polis duduk menyertai mereka.

“Kenalkan Sam, ini Mazlan. Tunang saya. Dia polis. Lan, inilah Hisham yang saya selalu cerita tu. Sam, Awak tak kisah kan dia join sekali?” Rosmina toleh ke Sam.

“Tak. Saya tak kisah.”

xxxXxxx

Petang itu gempar berlaku pergaduhan di satu restoran terkemuka. Seorang polis dibelasah lelaki belasan tahun dan tunangnya dilarikan.

xxxXxxx


Dia mahu bergerak tetapi kakinya diikat kemas ke kaki kerusi dan tangannya di pasung ke belakang. Dia mahu menjerit sekuat hati tetapi mulutnya disumbat sapu tangan. Namun begitu, dia tetap cantik di mata aku. Perempuan paling aku hormat. Paling aku sayang. Kini dia milikku. Di hadapanku. Aku tidak peduli akan tunangnya. Akan orang di restoran tadi. Akan sesiapa. Yang penting, kini aku ada dia. Akulah orang paling seronok dalam dunia.

No comments:

Post a Comment