August 26, 2013

#KisPen 5 : Rumet

"Apehal yang kau ajak aku keluar malam malam ni?"

"Anney ! Roti Kosong 2. Banjir. Teh Tarik 1. Kau nak makan apa?"

"Sama laa."

"Anney ! Kasi dua set ahh itu macam?"

"Aku tanya ni. Apehal kau ajak aku keluar malam malam ni?"

"Takde. Pasal rumet aku tu. Aku tak tahan laa dia tu."

"Rumet kau?"

"Haa laa. Dah laa pendiam satu hal. Bila aku tanya apa apa, dok pandang aku semacam ja."

"Haa?"

"Haa laa. Lagi satu, suka tidur kat bawah. Asal nak bangun pagi. Dah kena langkah langkah dia."

"Kejap kejap."

"Kejap apanya? Kau pun nak backing dia? Dah laa tak pernah nampak dia bersiap pi kelas. Kaki ponteng aku rasa tu."

"Weyh, kau biar betol?"

"Ye laa. Betul laa. Kau tak kenal ke dia? Apa nama dia ek? Eh. Ye laa. Dia tak pernah bagitau nama dia pun. Lahanat betul."

Dahi mula berkerut.

"Kau dah kenapa? Aku cerita betul betul ni derr. Ni aku keluar ni sebab tak tahan derr. Dia boleh lepak lama lama kat meja aku. Aku nak study kott. Tensyen dia tak nak blaa. Tu yang aku ajak kau..."

"Weyh, diam jap. Aku nak tanya satu soalan ni."

"Apa dia?"

"Kau bukan duduk bilik single ke?"

Diam.

August 25, 2013

KisPen #4.5 : Suara

Hairul sedang dudk di biliknya ketika dia terdengar suara ibunya dari tingkat bawah.

"Hairul, meh turun kejap. Mak nak mintak tolong ni."

Dengan malas, Hairul terus sahaja keluar dari bilik dan turun ke bawah. Sesampainya di tengah tangga, dia terdengar suara ibunya dari tingkat atas.

"Hairul, jangan turun. Mak pun dengar suara tu."

Hairul terdiam. Dia tidur di tangga malam itu.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



p/s : ini bukan cerita gua. gua buat berdasarkan post Fynn Jamal di page FB dia dan juga salah satu komen yang ada. Boleh klik sini kalau nak tengok post sebenar. 

August 23, 2013

KisPen #4 : Kepsi

Farid melangkah masuk.

xxxXxxx

"Awak tak tahu ke yang saya dah penat melayan karenah awak?"

Kunyah.

"Saya dah lama tahu simpan je perasaan ni."

Kunyah.

"Hari tu awak kata awak pergi hantar mak awak pergi hospital tu awak pergi jumpa dia kan?"

Angkat kepala. Kunyah.

"Awak tak nak tahu macam mana saya tahu? Saya pergi rumah awak. Mak awak yang cakap awak jumpa dia."

"Oh. Mak dah cakap dengan awak lah pasal dia. Haa. Eloklah."

Terlongo.

xxxXxxx

Farid masuk barisan.

xxxXxxx

"Mak, adik nak mainan siput tu. Siput tu laju tau mak."

"Ye laa adik. Nanti mak tanyakan dia ada lagi ke tak ye."

"Mesti ada punya laa mak. Kawan adik hari tu dia beli dekat sini laa."

"Haa. Tunggu laa kejap. Kan tengah beratur ni."

"Adik nak tiga tiga tau mak. beli tiga terus."

"Eh. Beli tiga nanti siapa oulak nak makan?"

"Alaa. Selalu tu buang je kan?"

Terdiam.

xxxXxxx

Farid sampai di kaunter. Dia pesan Snack Plate dan Cheesy Wedges.

xxxXxxx

"Cheesy ni nak lagi satu tau!"

"Cheesy tu tengah masak. Cheesy I tak nak?"

"Cheesy U buat apa? Lembik. Bukan power pun."

"Amboi mencabar laa ni?"

"Mencabar apanya? Hari tu U yang surrender dulu kan? Dasar lembik."

"Eh. hari tu I baru lepas terawih oke. Penat kott."

"Eleh. Terawih konon. Imam baru nak angkat takbir u dah ketuk pintu rumah I."

"Dah U yang nak cepat sangat. Tak tahan laa apa laa. I cepat je laa pergi."

"Tapi U tak terawih kan malam tu? Lembik."

Tersentap.

xxxXxxx

Farid angkat pesanan. Farid cari meja kosong.

xxxXxxx

"Kau tahu je laa perangai si Syed tu macam mana. Selagi ada perempuan cantik kat ofis tu. semua dia nak try."

Angguk.

"Tu kau tengok lah si Fyza budak intern tu dengan kawan dia siapa nama dia? Haa. Aisyah. Aku dengar si Syed tu dah ajak dua dua tu tengok wayang."

"Hmmm."

"Si Syed tu kalau dah ajak tengok wayang tu nak geli geli laa tu. Haih. Budak baik macam Fyza dengan Aisyah tu. Kesian aku tengok."

"Ooohh."

"Budak budak tu pun satu. Pi layan si Syed tu. Aku dah bagitau warning awal awal dah."

"Ye laa."

"Yang kau ni asyik angguk, hmmm, ooohh, ye laa ni kau dengar tak apa aku cakap ni?"

"Dengar lah."

"Dah tu tak de respon?"

"Aku nak tanya sikit boleh?"

"Pasal si Syed tu? boleh.

"Kenapa dia tak pernah try kau ek?"

Terlopong.

xxxXxxx

Farid duduk. Terus cedok kentang putarnya. Suap.

xxxXxxx

"Haiya, itu En Kamil banyak teruk maa."

"Betul laa Ah Chong. Itu orang tua Melayu sudah lebih tau."

"Itu laa. Masa Hali Laya ahh. itu semua kerja Melayu semua bonus masuk maa. Bila wa tanya pasal kerja Cina punya bonus. Dia kata Tahun Baru Cina. Tapi habuk pun tarak."

"Itu macam kaa? I takdak tahu boleh claim bonus itu masa Deepavali juga."

"Itu laa lu. Duduk ofis lu duduk diam saja. Lain kali tengok laa apa orang tua tu sudah buat sama kita?"

Angguk-angguk.

xxxXxxx

Farid habiskan air. Ayam sudah tinggal tulang. Farid bangkit dan tinggalkan mejanya. Menuju ke pintu.

xxxXxxx

"Baru sekejap aku masuk Kepsi ni je dah macam macam cerita aku dengar. Pasal couple nak break laa. Pasal anak nak mainan laa. Pasal gosip pejabat laa. Pasal tak puas hati dengan bos laa. Ini Kepsi ke warung tepi jalan ni?"

Farid toleh. Terdiam. Terlihat seseorang yang iras wajahnya di sebelah.

"Kenapa kau ni? Macam orang nampak hantu je."

Diam.

August 13, 2013

KisPen #3 : Sauna

Khairul duduk bersandar di kerusi yang ada dalam bilik itu. Tualanya dililit ke pinggang dan hujung tualanya turut diselitkan di tempat yang sama. Hawa panas yang menyelubungi bilik dua pintu itu terasa menyegarkan. Peluhnya merembes segar. Semalam dia terbaca satu artikel.

Duduk dalam sauna selama tiga hari berturut-turut mampu membantu seseorang untuk berhenti merokok. Peluh yang dikeluarkan ketika di dalam sauna turut mengeluarkan sisa nikotin.

Begitulah artikel itu. Ini hari pertamanya. Bermacam cara dia sudah cuba untuk memenuhi kehendak kekasihnya.

Saya bukan tak mahu kahwin dengan Abang. Tapi itu syarat mak dengan ayah. Dia tak nak lelaki yang merokok. Jadi kalau Abang nak kahwin jugak dengan Ina, Abang kena berhenti merokok.

Begitulah pesanan kekasihnya. Hawa panas sudah dirasakan ke seluruh tubuh. Dia mengerling jam di tangan. Baru sepuluh minit berlalu sejak dia mula masuk ke bilik itu.

Ini lu duduk ini sauna ahh. Mahu kurang kurang 30 minit ahh. Kalau kurang dia punya kick tak sedap maa. Kalau lu mau duduk kasi lebih 30 minit. Baru power maa dia punya rasa.

Begitulah saranan apek jiran rumahnya apabila ditanyakan tempat sauna berhampiran. Masih ada 20 minit lagi.

Sedang Khairul menikmati hawa panas itu, pintu bilik itu dikuak. Seorang pemuda masuk lengkap dengan sweater dan seluar jeans. Khairul pelik. Pemuda itu semakin lama semakin pelik. Kakinya dirapatkan ke dada. Tangannya memeluk tubuh. Khairul semakin pelik.

"Bro, sejuk gila tempat ni" kata pemuda itu.

Pemuda itu tidak kelihatan matanya. Ataupun matanya dipejam. ataupun memang sudah tiada matanya.

Khairul bangkit. Persetankan artikel itu. Persetankan pesanan kekasihnya. Persetankan saranan apek jirannya. Dia tak mahu duduk di dalam sauna itu bersama setan.

August 01, 2013

KisPen #2 : Lada

Tersentak dia dari lena. Dikerling jam di dinding. 10 minit lagi ke jam 10.

"Shit ! Mak pesan beli lada tadi. Macam mana laa boleh terlelap ni?" bebel Azmi seorang diri.

Raihan leka melihat video Upin Ipin di laman YouTube dengan susu di mulutnya. 

"Mimi ! Kau turun kejap ni. Tengokkan Rehan. Aku lupa mak pesan beli lada tadi." laung Azmi kepada Azmira.

"Abang nak pergi mana?"

"Mak kirim lada tadi. Aku terlelap. Tengokkan Rehan ni."

"Ok Ok."

"Aku gerak ni."

"Belanja Mimi topup bang. hee."

"Yela yela. Aku pergi dulu. Jaga diri. Jaga Rehan."

Azmi menutup pintu di belakangnya lalu mendapatkan motosikalnya.

xxxxxXxxxxx

Azmi terus memecut motosikalnya ke Pasar Mini Jiason.

"Mintak mintak Jiason tu bukak lagi."

Azmi terus memacu motosikalnya belok ke satu simpang sebelum matanya disilaukan kereta dihadapannya.

"Woi ! jalan macam ni pun kau nak bawak laju. Nasib baik lah gua power."

xxxxxXxxxxx

"Shit ! Dah tutup pulak Jiason ni. Mana gua nak carik lada ni?"

Azmi terus menunngang sambil berfikir tempat mana dia boleh jumpa lada pada jam 10.15 malam ini. Sedang dia menunggang, dia terpandang kedai makanan segera.

"Elok gua belikan Rehan ni waffle."

Dia memberhentikan motosikalnya dihadapan kedai tersebut.

"Aunty ! Waffle satu. Coklat semua !" jeritnya.

Dia merehatkan diri sambil duduk di atas motosikalnya. Dari situ dia ternampak orang ramai berkumpul di simpang yang dia hampir terbabas kerana silau lampu kereta tadi.

"Aunty ! Kejap lagi saya datang amek !"

xxxxxXxxxxx

Azmi terlopong. Motosikal yang terbaring di jalanraya itu motosikalnya. Dia cuba mencari penunggang motosikal tersebut. 

Azmi terlopong. Baju penunggang itu sama dengan baju yang dipakainya sekarang. Dia merapati badan atau mungkin mayat penunggang tersebut.

Azmi terlopong. Dunianya gelap.