January 22, 2013

(isikan tajuk yang sesuai)

lelaki yang baik untuk wanita yang baik. lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat.

sengaja gua mulakan post kali ni dengan ayat tu. sebab ayat ni banyak menyedarkan gua dengan kejahatan kejahatan gua. menyedarkan gua supaya tidak bermimpi untuk berdamping dengan wanita yang baik. menyedarkan gua untuk kembali berpijak ke dunia nyata.

mungkin gua yang salah untuk melamarnya dulu. meluahkan rasa gua ni. mungkin gua yang salah kerana memaksa dia. buat dia lupakan yang lain. mungkin gua yang salah kerana tidak betulkan diri. masih berada di takuk lama.

semua orang mahukan yang sempurna. semua orang mahukan yang cantik. semua orang mahukan yang baik. tetapi. konsep sempurna semua orang lain. konsep cantik semua orang berbeza. konsep baik semua orang tidak sama.

mungkin pada mata gua dia tu sempurna. tapi pada mata dia gua ni penuh cacat cela. mungkin pada mata gua dia tu cantik. tapi pada mata dia gua ni jelik. mungkin pada mata gua dia tu baik. tapi pada mata dia gua ni jijik.

rasanya biar je laa hubungan perasaan ini terputus. ye hubungan perasaan. hubungan profesional tetap gua jaga. kerana memutuskan silaturrahim itu dimurkaiNYA.

oh. lupa.
assalamualaikum. :)

January 05, 2013

Melayu Johor



MELAYU JOHOR 
1988
Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang
Sasterawan Negara

Melayu Johor,
Telah terlalu banyak kita kehilangan,
Sawah ladang bertukar tangan,
Pekan dan bandar kita menumpang,
Teluk Belanga entah ke mana,
Yang tinggal hanyalah pakaian,
Sedarah sedaging hampir hilang,
Yang ada hanyalah setulang,
Selat Tebrau kian sempit,
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor,
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar itu Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Aceh dan Siak adalah Melayu,
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu,
Mamak dan Malbari jadi Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana,
Jika menipu pun bersopan,
Kurang ajarnya tetap santun,
Dajalnya cukup selamba,
Budi bahasa jangan dikira,
Beraninya cukup benar,
Tunduk bila bersalah,
Lembutnya cukup jantan,
Setia sampai ke kubur,
Biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
Luka di Tanjung Puteri,
Parutnya di Parit Raja,
Muka biar berseri,
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dalam senyum,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan,
Kasih sayang kekeluargaan,
Ringan tulang saling bertolongan,
Jujur memaafkan ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu,
Silaturahim yang murni,
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut,
Tangan di hulur bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan,
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian,
Sifat terpuji setiap insan,
Bermuafakat supaya berkat,
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada ALLAH berserah.