August 11, 2014

22

Dendam dalam diri padam hendaknya
Ujian dari Tuhan tempuh segala
Anugerah insyaALLAH akan tiba

Perit belajar belakang kira
Untuk tolak jahil sakitnya
Langkah ambil yang sederhana
Usaha perlu terus laksana
Hati dijaga kekal raksasa

Demi keluarga yang tercinta
Untuk masa depan yang sempurna
Aku kini dua puluh dua

June 16, 2014

SELAMAT HARI HARI HARI AYAH.

kau tahu waktu kau sibuk carik baju melayu kau dan kau tanya mak dan mak jawab.

"tanya ayah tu."

kau terus carik sampai jumpa. tak jumpa kau tanya mak lagi. kau takkan tanya ayah.

kau tahu waktu kau dah kering duit hujung semester dan kau mesej mak tanya boleh masukkan duit dan mak jawab.

"tanya ayah tu."

kau terus buat smiley senyum rayu rayu dan mintak mak tanyakan ayah. kau takkan tanya ayah.

kau tahu waktu kau ada problem pasal kerja dan kau tanya mak nak buat macam mana dan mak jawab.

"tanya ayah tu."

kau terus ngempeng ke mak mintak nasihat sampai mak kau yang tanya ke ayah. kau takkan tanya ayah.

kau tahu waktu kau ada benda nak tanya dan kau tak jumpa mak. masa tu baru kau tanya ayah.

"ayah, mak mana?"

masa tu ayah geleng kepala je senyum.

bukan apa ayah. bukan tak mau kongsi masalah. bukan tak mau borak dengan ayah. bukan tak mau tanya ayah. cuma bila mak kabo apa apa ke ayah pasal orang. tu maknanya orang tanya ayah lah. cuma tanpa tanya ayah. hiks.



SELAMAT HARI HARI HARI AYAH. :3

June 09, 2014

20 perkara yang anda patut, perlu, jangan, dilarang buat masa exam

gua dari start study week lagi dok bukak blank page kat dashboard ni nak tulis something lah untuk menyambut kedatangan final exam kali ni. tapi harrrooommmm idea takde langsung nak mai. jadinya, aku putuskan nak bagi nasihat je. jadi, di bawah ni antara perkara yang anda patut, perlu, jangan, dilarang buat masa exam.

1. exam pukul 9. jangan buat kepala gila pukul 8 dah bangun kabo nak tido kejap lagi. kang dia tulis TH kat slip exam. itu pun kalau dia tulis TH. kalau dia tulis F?

2. bawak sweater. tak kira panas bahang mana pun hari tu. dewan exam tetap peti beku. 

3. jangan bawak sweater. kalau sweater engkorang tu pesen kaler orang tengok boleh bawak hilang konsentrasi.

4. bawak slip exam. sebab kena bawak.

5. bawak alatulis. sebab kena bawak.

6. bawak kalkulator. malas nak tulis kali ketiga.

7. pastikan dah kencing berak sebelum masuk exam. jangan masa exam engkorang dok kekejap bangun nak pi toilet. tak senonoh. 

8. jangan makan sambal halim. faking pedas.

9. jangan bawak henfon. takkan nak masuk exam pun nak selfie update instagram twitter semua? bongok.

10. jangan bawak toyol. tak kira lah toyol kecik ke toyol besar ke. toyol kat toilet ke.

11. buat senaman leher sebelum masuk exam. memudahkan maneuver kepala engkorang. alaa. bohong kalau tak pernah cuba tengok kawan sebelah. nak nak cina yang duduk sebelah.

12. pi google maksud maneuver.

13. meniru boleh. kena tangkap meniru yang tak boleh.

14. stokin tu pakai stokin baru. tak kira laa baru basuh ke baru beli ke asalkan bukan baru sebulan je pakai ni, oke lagi.

15. jangan cuba cuba nak angkat tangan mintak kertas lebih kecuali kalau memang engkorang perlukan kertas lebih. tapi kalau duduk depan aku. better dont. aku bangun lempang nanti.

16. jangan nak gabra sangat carik pembaris takde ke pemadam takde. takde pembaris pakai kad matrik ke ic ke. takde pemadam. em. jadahnya pakai pen nak padam ni?

17. khas untuk perempuan. jangan pakai pakaian yang menjolok mata. biar kalau time exam ni semua pakai tudung labuh baju muslimah pun elok. ye, bukan Islam pun boleh. buat pesen Felixia Yeap.

18. jangan pakai baju Manchester United. baju JDT ke baju Kelantan aku terima lagi.

19. dah. aku takde idea.

20, oke. last. tak payah nak update twitter ke FB "1 down 18 to go" tu tak payah. menyakitkan hati.

oke. tu lah beberapa perkara yang aku boleh kabo. rasa berguna, guna lah. gua mampu menasihati ja. engkorang yang gunasegaran. assalamualaikum.

May 20, 2014

pilih ! #UBAH

sekarang tengah musim kan? musim sibuk pasal matriks laa. diploma lah. poli lah. bagi adik adik lepasan SPM. tak kurang jugak yang nak masuk degree lepas setel matriks ke asasi ke. kan?

bagi abang cerita sikit pasal hidup matrikulasi dan universiti. boleh? apa kalau kau kata tak boleh ingat abang kesah?

so, kita pi ke bebudak lepasan SPM ni. sekarang ni rata rata dapat dua tawaran. satu tawaran diploma. satu lagi tawaran matrikulasi/asasi. kan? maklumlah. lambakan budak pandai dewasa ni. kompem dapat dua dua. diploma pulak ada dapat poli ke. diploma kat uni ke. pehh power power. tu belum kira yang dapat pi puncak alam ke pasum tu. 

ni abang nak kabo pasal pemilihan engkorang sama ada ke mana yang korang patut pilih. walaupun abang rasa engkorang dah siap pilih dah siap kemas baju semua dah. kesah pulak abang.

bagi abang, satu soalan je abang rasa engkorang patut tanya diri engkorang.

"Aku nak jalan pantas lagi mencabar ke jalan panjang lebih pengalaman?"

yes. tanya soalan tu.

kalau engkorang fikir jalan pantas lagi mencabar, masuklah matrikulasi. masuklah asasi. puncak alam ke pasum ke. masuklah. yang pantasnya masa matriks/asasi tu. yang mencabarnya masa degree nanti.

kalau engkorang fikir jalan panjang lebih pengalaman, masuklah diploma tu. poli ke uni ke. masuklah. panjangnya diploma tu. penuh penglaman tu university life tu.

abang malas nak explain kenapa. tapi tanya abang akak ke sepupu engkorang yang pernah lalui sama ada diploma atau degree. kau paling tua dalam keluarga? tanya jiran.

oke dah. malas nak taip lagi. yang dari matriks ke asasi yang nak masuk degree tu. abang ucapkan selamat berjaya dan hidup masa matriks/asasi ni nothing compare to degree life.

bye.

May 05, 2014

rant

hai?

lama kan aku tak post kat sini. last post dated 15th January. masa tu baru lepas balik dari jenjalan Taiping yang tak sengaja tu. lama betul. rasa macam tak dijaga dengan rapi blog ni.

so, apehal tetibe tergerak hati nak tulis post ni? aku tak tahu. life been busy lately. busy yet fun. new things learnt. new friends found. new stories told. new memories carved.

aku dok berperang sebenarnya. dengan diri sendiri. mungkin tu sebabnya aku tak dapat nak tetapkan hati kepada sesiapa atau sesuatu.

5 Mei ni sebenarnya annivesary mak ayah aku. 23 tahun. bila aku nampak mak aku post gambar kek nikah mereka. aku macam tersentap. aku nak masuk 22 tahun. yet, what have i done? apa yang aku bagi mereka. kekecewaan?

degree life is tough. kadang kadang aku fikir. kenapa lepas SPM dulu aku tergerak nak masuk matrik? kenapa aku tak amek diploma je? habis diploma. boleh relak tenang diri. tapi, siapa aku nak persoalkan takdir?

everything happens for a reason. aku tahu. hikmah di sebalik segala ini. tapi tu lah. dia tak sampai. ke aku yang tak carik? ke cemana? hikmah ni kena carik ke?

aku tengah dalam masalah. masalah yang aku rasa aku yang tak nak keluar. gila. dia macam lalat terjatuh dalam mangkuk penuh sup. lepas tu pesen berserah. ada usaha tu ada. tapi dok kepak sikit sikit je laa. lama lama mati ja situ. cuma aku tak rasa aku dah mati laa.

sebab aku rasa dalam otak aku dok fikir cemana nak keluar dari mangkuk tu. kiranya aku punya kepak tu masih membantu aku. 

faking analogi.

takde sape bro nak bantu kau keluar mangkuk tu. keluar sendiri. cepat. jangan mati dalam tu.

dah laa.

bai.

January 15, 2014

apa akan jadi ...

apa akan jadi bila sebelas orang berkepala gila buat satu plan yang tiba tiba untuk pergi berjalan ke Taiping dan pulang keesokkan harinya?








ini. :)

January 13, 2014

tarik nafas... baca.

cerita minggu kali ini bermula dengan suatu pagi yang dimulakan dengan tidur yang tidak sempurna selama kurang 2 jam lalu bangun mandi tunaikan kewajipan dan kejut DLO untuk mengajak dia bersiap siaga untuk menuju ke Maktab Rendah Sains Mara Transkrian untuk satu program di mana mendapat tugasan menjadi fasilitator kumpulan number sembilan yang mewakili Kejuruteraan Aeroangkasa bersama DEENA yang aku tumpang keretanya bersama FIQAH sebelum pergi ke Desa Utama untuk menjemput AISHI dan ZANA dan terus ke destinasi yang mana kami tiba seiring dengan sebuah lagi kereta yang menempatkan IKMAL, IKHMAL, CHONG dan PEJEI dan dua buah moto yang dinaiki oleh FARA, MIRA, DAYAH dan YAYA yang selepas itu turut menyertai rombongan ialah CCT, ACAP, AZLINA, SHAH dan JEM selaku orang paling kuat program MRSM Engineering Debut lalu dijemput masuk oleh pelajar MRSM ke Bilik Cendekiawan untuk memulakan program yang power itu dan 20 minit kemudian EZZA, SYA AFIQ serta orang yang pertama aku jumpa pagi itu pun sampai dan mereka tiba lewat atas kerana AMIR yang tersesat dalam perjalanan kehidupan dan program tetap diteruskan sehingga ke penghabisannya.

cerita di sana tidak habis begitu sahaja apabila program yang dilakukan sangat #Awesome dan sepertinya semua orang #MudahTerhibur dengan program yang dilaksanakan sehingga membuatkan #Bonding antara #Family itu terasa kuat dan kukuh dan dirasakan akibat kekukuhan itu para fasilitator bertambah #Kencang lalu fenomena #FasiOverExcited pun terjadi sehinggakan #PunchlineTakSampai pun orang masih gelakkan juga dan yang paling penting sesi luahan perasaan sehingga menyebabkan tumpahan #AirMata oleh seseorang yang perlu dirahsiakan identitinya dan akhir sekali program ini dijangkakan akan #WujudDalamMemori semua orang.

itu sahaja yang nak diceritakan pada post kali ini yang saya perasan sebenarnya tak panjang pun di mana ia hanya terdiri daripada tiga ayat sahaja kerana selagi belum berjumpa tanda noktah bermakna tidak habislah suatu ayat itu dan kita dapat lihat bahawa post kali ini hanyak akan ada tiga ayat sekiranya ayat yang terakhir ini habis dikarang pada penghujung post dan dapat memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membacanya dan turut membaca setinggi tinggi tahniah kepada jawatankuasa program ini kerana membawa satu pengalaman yang cantik untuk pemulaan 2014 iaitu tahun ini.

Amirol Zamanhuri
Azlina Cheah
Asyraf Wahid
Faizal Razali
Siti Syahiirah
Farah Adibah
Ikhmal Fitri
Ezza Sofiah
Shahiddin Abu Bakar
Ahmad Ikmal
Akmal Sharuddin
Al Asyraf
Deena Deanna
Nurul Farzana
Syafiqah Khalid
Aishah Mokhtar
HIdaya Ariff
Amirah Zamri
Hidayah Rahim
Syaimaa Shuhaimi
Muhammad Afiq
Amir Muhd
thanks for the memories.






nak nangis jugaklah.