May 20, 2014

pilih ! #UBAH

sekarang tengah musim kan? musim sibuk pasal matriks laa. diploma lah. poli lah. bagi adik adik lepasan SPM. tak kurang jugak yang nak masuk degree lepas setel matriks ke asasi ke. kan?

bagi abang cerita sikit pasal hidup matrikulasi dan universiti. boleh? apa kalau kau kata tak boleh ingat abang kesah?

so, kita pi ke bebudak lepasan SPM ni. sekarang ni rata rata dapat dua tawaran. satu tawaran diploma. satu lagi tawaran matrikulasi/asasi. kan? maklumlah. lambakan budak pandai dewasa ni. kompem dapat dua dua. diploma pulak ada dapat poli ke. diploma kat uni ke. pehh power power. tu belum kira yang dapat pi puncak alam ke pasum tu. 

ni abang nak kabo pasal pemilihan engkorang sama ada ke mana yang korang patut pilih. walaupun abang rasa engkorang dah siap pilih dah siap kemas baju semua dah. kesah pulak abang.

bagi abang, satu soalan je abang rasa engkorang patut tanya diri engkorang.

"Aku nak jalan pantas lagi mencabar ke jalan panjang lebih pengalaman?"

yes. tanya soalan tu.

kalau engkorang fikir jalan pantas lagi mencabar, masuklah matrikulasi. masuklah asasi. puncak alam ke pasum ke. masuklah. yang pantasnya masa matriks/asasi tu. yang mencabarnya masa degree nanti.

kalau engkorang fikir jalan panjang lebih pengalaman, masuklah diploma tu. poli ke uni ke. masuklah. panjangnya diploma tu. penuh penglaman tu university life tu.

abang malas nak explain kenapa. tapi tanya abang akak ke sepupu engkorang yang pernah lalui sama ada diploma atau degree. kau paling tua dalam keluarga? tanya jiran.

oke dah. malas nak taip lagi. yang dari matriks ke asasi yang nak masuk degree tu. abang ucapkan selamat berjaya dan hidup masa matriks/asasi ni nothing compare to degree life.

bye.

May 05, 2014

rant

hai?

lama kan aku tak post kat sini. last post dated 15th January. masa tu baru lepas balik dari jenjalan Taiping yang tak sengaja tu. lama betul. rasa macam tak dijaga dengan rapi blog ni.

so, apehal tetibe tergerak hati nak tulis post ni? aku tak tahu. life been busy lately. busy yet fun. new things learnt. new friends found. new stories told. new memories carved.

aku dok berperang sebenarnya. dengan diri sendiri. mungkin tu sebabnya aku tak dapat nak tetapkan hati kepada sesiapa atau sesuatu.

5 Mei ni sebenarnya annivesary mak ayah aku. 23 tahun. bila aku nampak mak aku post gambar kek nikah mereka. aku macam tersentap. aku nak masuk 22 tahun. yet, what have i done? apa yang aku bagi mereka. kekecewaan?

degree life is tough. kadang kadang aku fikir. kenapa lepas SPM dulu aku tergerak nak masuk matrik? kenapa aku tak amek diploma je? habis diploma. boleh relak tenang diri. tapi, siapa aku nak persoalkan takdir?

everything happens for a reason. aku tahu. hikmah di sebalik segala ini. tapi tu lah. dia tak sampai. ke aku yang tak carik? ke cemana? hikmah ni kena carik ke?

aku tengah dalam masalah. masalah yang aku rasa aku yang tak nak keluar. gila. dia macam lalat terjatuh dalam mangkuk penuh sup. lepas tu pesen berserah. ada usaha tu ada. tapi dok kepak sikit sikit je laa. lama lama mati ja situ. cuma aku tak rasa aku dah mati laa.

sebab aku rasa dalam otak aku dok fikir cemana nak keluar dari mangkuk tu. kiranya aku punya kepak tu masih membantu aku. 

faking analogi.

takde sape bro nak bantu kau keluar mangkuk tu. keluar sendiri. cepat. jangan mati dalam tu.

dah laa.

bai.