December 31, 2013

Thanks. Thanks a lot.

2013 in a nutshell.

Final Exam Semester 1 Tahun 2.
Hari Jadi Ayah & Mak.
Hangout dengan kawan PG.
Pengukuhan MRS.
Cygatec 2.0.
Bengkel Pragmatis dan Zoo Taiping.
Ekspedisi Gua Tempurung.
Debat Piala Naib Canselor.
SUKAD Bowling Tenpin.
JayaBowl.
Big Bad Wolf.
Hired OR Fired.
#TwtUpKejut .
Pilihan Raya Umum.
Final Exam Semester 2 Tahun 2.
KIL.
Buku Fixi serta buku indie yang lain.
Haagen Dasz.
Jualan dekat Stadium.
Mee Rebus Mak Teh.
Puasa dan Raya SEBULAN dekat rumah.
WISE tak jadi. lepas tu jadi dan tak pergi. (belum move on)
#oneEE .
kak Meera G-Day.
BBQ bawah Jambatan Pulau Pinang.
Penurunan takhta YDP MRS.
Pilihan Raya Kampus.
Pembentukan Organisasi #TwtUpKejut 2014.
Siri Jelajah Utara : Pulau Pinang.
Langkawi.
Ipoh Calling Festival.
iNESCO 2014.
siri KisPen dan CerPen.

these series of events may not be sequential. sebab memori aku bukan power sangat.

dan terima kasih kepada semua yang buat 2013 saya bermakna.

Mak, Ayah, Ira, Sara, Atok, Nek Ru, Nek Siti, cousins, aunts and uncles dan semua family members.

Syafiq Raheem, Azlina Cheah, Syaimaa Shuhaimi, Ameera Nadia, Danial Shafiq, Amir Muhd, Iqbal Norfaizal, Vazraka Bozorg, Aminah Helmi, Farah Adibah, Najwa Atiqah, Che Hafiz, Syuhadatul Nabila, Adli Syafiq, Syazwan Jamil, Zafirah Zainon, Umie Fatihah, kawan kawan school EE, keluarga MRS, keluarga ACCF, minions, keluarga #TwtUpKejut 2013, para bekas makwe dan tak lupa juga kepada mereka mereka yang sudi follow saya di twittter.

Thanks. Thanks a lot.

December 23, 2013

post banyak gambar.

pertamanya. gua rasa ini post kedua gua hari ni. tapi gua apa pedulik.

keduanya. gua nak cerita yang bermula dari post ini.


lepas je tweet natang ni. gua terus bangun dari pembaringan dan keluar dari bilik menuju bilik fiq. tak kenal fiq? ini fiq.


sampai bilik fiq. ceroboh. amek kunci motor. dan terus keluar. keluar ke mana? ke sini.


sampai je tempat tersebut gua terus je beratur. ada makwe comel depan gua main cak cak. gua layan. gua syak budak 3 tahun je tu. BBNU. by the way, gua order ini.


dapat je order. gua terus naik atas cari meja paling hujung. duduk. baru nak duduk. air tumpah. air apa? air ini.


tumpah takpe. gua rilek. makan. habiskan. habis je gua terus pi kedai runcit berhampiran. dan beli air tin. air tin yang ini.


dapat air. aku call dayah. nak bagi buku ke dia. suruh dia turun. buku apa? buku ni.


by the way, buku yang aku bagi pinjam dayah tu buku mun dan kavernya lain. oke. lepas call dayah. aku teringat yaya ada mengidam sesuatu. ngidam apa? ngidam ini.


so, aku terus pi sana. beli. dan terus menunggang balik. sampai dekat traffic light simpang empat sebelum usm tu. aku masuk ke Riyas sebab fiq sempat pesan air. air apa? air ini.


lepas beli. aku terus balik. pi lembaran. bagi barang barang ke dayah dan yaya. sampai blok. ceroboh bilik fiq. tinggalkan air dan kunci moto. tutup. dan terus balik ke bilik, dan sekarang. gua masih berkira kira untuk study ke tak ni. habis cerita.

p/s : semua gambar yang ada dalam ni. cuma hiasan. kbai.

KisPen #9 : Sedia (SMFE!)

pen dua batang. hitam dua dua. pensel tekan. ubat dah ada. pembaris, pemadam ada. kad matrix. ic. semua ada. dia tenung lagi meja belajarnya pagi itu.

"apa lagi yang kurang ni?"

haa. slip exam. itu takde lagi. kena print tu. tengok jam. 4.30 pagi. oke. sempat lagi ni. terus dia duduk dan bukak laptop.

bukak website exam. klik slip exam. print. printer menyala. kertas ada. tapi cetakan tak berhasil. 

"ahhh. printer ni kan rosak hari tu. apa yang aku lupa ni?"

capai henfon. bukak phonebook. pilih Yan. view number. capai henfon kedua. dail number.

'tut tut... tut tut... tut tut... tut tut... tut tut... INI ADALAH PETI SIMP... '

"ahh. kes tak bangun lagi laa Yan ni."

bukak phonebook. pilih Shah. dail.

'tut tut... tut... '
"HELLO ! siapa ni?"
"aku lah, Adam."
"Adam?"
"haa laa. aku nak mintak tolong print ni weyh. slip exam."
"ohh. Adam Haris. nak printer? printer aku masuk kedai laa. ink dia pecah semalam. aku terpijak."
"kau pijak ink? jadahnya."
"dah laa. sori. aku nak tido ni. kacau betul orang nak mimpi basah."


"alaa Shah ni. time time gini nak masuk kedai pulak printer dia."

tengok jam. 4.45 pagi.

bukak phonebook. pilih Afi. dail.

'tut tut... tut tut... tut tut... tut tut... tut tut... THE NUMBER YOU HAVE... '

"ahh. sorang lagi... "

'jujurlah sayang. aku tak...'

"hello."
"haa. awat? aku pi berak tadi."
"ang ada printer dak?"
"ada. ink ja takdak."
"ohh. takpa laa."
"awat?"
"tak print slip exam lagi ni."
"ohh. haa. baguslah. selamat berjaya nanti. assalamualaikum."

letak. kemain Afi ni. dia letak dulu pulak. haih. siapa lagi ni? hemmm.

xxxXxxx

*alarm berbunyik* (tak tau nak buat bunyi alarm)

bukak mata. jeling kiri. tengok jam. 8.30 pagi.

"ahh sudah. macam mana aku boleh terlelap ni? ahh."

capai tuala. masuk bilik air. berak. mandi. wudhuk. sembahyang subuh gajah. bersiap. sarung kasut. masukkan semua barang dalam beg. kunci pintu. bergerak ke dewan dalam kadar yang paling laju.

xxxXxxx

8.52 pagi. mengah. peluh. lidah terjelir. tenang. tarik nafas. cek pakaian. zip seluar. ikat tali kasut. berdiri tegak. jumpa pengawas peperiksaan.

"encik. kalau tak bawak slip exam macam mana? saya lupa sangat nak print."
"lupa nak print? inilah budak sekarang. apa yang dia fikir entah?"
"laa. saya terlupa. TERlupa. bukan sengaja. macam mana ni?"
"awak pergi jumpa..."
"ADAM !" suara perempuan yang merdu dan garau kedengaran.
"Tasha. kau pun lambat jugak?"
"lambat jadah. aku tunggu kau laa. tetiba laju je masuk dewan."
"aku lupa print slip exam. tu yang nak cakap kat encik ni."
"nahh."
"eh? apa ni?"
"kan kau suruh aku print slip exam kau minggu lepas. lupa?"
"hai laa. kau dah suruh orang printkan pun kau lupa?" sampuk encik pengawas setelah lama takde dialog.
"oh. ye ke? terima kasih Tasha."
"dah masuk. lagi 3 minit jam 9 ni."

dia pun tenangkan diri. slip exam dah ada kat tangan. dia keluarkan pen dua batang. hitam dua dua. pensel tekan yang dah ada ubat. pembaris, pemadam. kad matrix. ic. eh. kejap.

"mana pulak calculator aku ni? AHHHHH!"


p/s : selamat menghadapi Final Exam Semester 1 Sidang kali ini untuk semua pelajar Degree USM khususnya, dan pelajar Degree U lain umumnya. maafkan saya jika ada menyinggung perasaan semua orang. saya maafkan apa sahaja kejahatan yang anda ada buat terhadap saya sengaja atau tidak. semoga exam kali ini lebih bermakna dari exam exam yang lepas.

December 22, 2013

jumpa

oke. gua jumpa benda ni kat blog seseorang. dan gua rasa gua tengah bosan sebab final exam nak dekat jadinya gua nak buat benda. so, bear with me.

xxxXxxx

Starting time : 4.49 AM.

Name : Hamdan Shaqirin bin Herman Shah.

Brother (s) : Null

Eye colour : hitam lah kott.

Shoe size : sepuluh

Hair colour : hitam, kadang kadang perang.

Piercings : takde.

Height : 160 cm. rendah aje.

What are you wearing right now : towel. baru lepas berak.

Where do you live : Pasir Gudang

Favourite number : 3

Favourite drink : Iced Americano McCafe

Favourite month : AUGUST !!!!

Favourite breakfast : hashbrown. mekdi punya

-Have you ever-

Broken a bone : tangan. 2 tulang. 30 jahitan.

Been in a police car : tak

Fallen for a friend : yesssssssssssssssssssssssssssssssss

Fallen for a guy/girl for a short period of time : 
yessssssssssssssssssssssssss

Swam in the ocean : yesssssssssssssssssssss

Fallen asleep in school : yessssssssssssssssssssss. alwaysssssssssssssssss

Broken someone's heart : yes. em.

Cried when someone died : yes. em em.

Set by the phone all night waiting for someone to call : nak call. tapi segan.

Save emails : NO

Been cheated on : ahaha

-What-

Your room look like : sarang tikuih.

What is right beside you : tikuih. i mean. tetikus.

What is the last thing you ate : makanan kenduri rumah hakim. kakak dia kahwin.

-Who-

Who did you last yell at? : VAZRAKA BOZORG !

Who was the last person you dance with? : AMIR MUHD !

Who last made you smile? : AMINAH HELMI ! TRYPOPHOBIA !

-Final questions-

What are you listening right now? : kipas

What did you do today? : Kenduri. Wayang. Hobbit.

Are you the oldest? : tessssssssssssssssssss

Indoors or outdoors? : outdoors :3

-Today did you-

Talk to someone you like? : kalau whatsapp kira cakap tak?

Kiss someone? : NO

Sing? : yesssssssss. Ku Bahagia !

Talk to your ex? : kalau whatsapp kira cakap tak?

Miss someone? : mestilah

Eat? : kenduri rumah hakim.

-Last person who-

You talk to on the phone? : VAZRAKA BOZORG !

Made you cry? : MIOR AZEEM #PrayForMior

Went to the movies with? : VAZRAKA BOZORG. AMINAH HELMI. NORASHIMA SALLEH.

You went to the mall with? : VAZRAKA BOZORG. AMINAH HELMI. NORASHIMA SALLEH.

Who cheered you up? : VAZRAKA BOZORG. AMINAH HELMI. NORASHIMA SALLEH.

-Have you-

Been to Mexico? : NO

USA? : NO

-Random-

Have you crush on someone? : yessssssssssssssss

What book do you read right now? : Halusinasi by Jessy Mojuru

Best feeling in the world? : bersin lepas cabut bulu hidung

Future kids name : Hanis Shaqirin. 

Do you sleep with a stuffed animal : NO

Whats under your bed : headphone

Favourite sport (s) : BOWLING !

Favourite place : right now? home sweet home. tapi lepas habis inesco baru balik.

Do you have a job : YES !

What time is it now? : 5.02 AM

December 17, 2013

CerPen #2 : Lina (Bahagian 1)

minat dah lama hilang. dah lama dah. tapi dia teruskan juga. bila semua orang tanya. tenang jawapan.

"dah lima tahun kami bersama. banyak sangat masa dan duit habis untuk dia. lagipun, nak mula dengan orang baru. leceh."

begitulah Lina. dia tahu semenjak kebelakangan ini dia dengan Zarin sentiasa bergaduh. ada sahaja nak dipergaduhkan. dari soal warna tudung sehingga ke tali kasut yang tidak diikat. ada sahaja yang tak kena di mana Zarin. bila semua orang tanya. mudah jawapan.

"kalau tak gaduh. semua nak happy. tak best jugak relationship tu. kan?"

Zarin, pada sebelah cerita, seperti lelaki tipikal. sesudah merasakan Lina itu miliknya. usaha untuk memiliki semakin kurang. sedangkan Lina berharap agar Zarin terus untuk memikat hatinya agar Lina sentiasa rasa cinta. itulah yang dijanjikan pada awal perkenalan. kata Zarin,

"saya berjanji, ni tengok tangan saya ni. saya berjanji untuk memikat awak setiap hari sampai saya mati."

tapi semua itu dalam memori Lina sahaja. memori lelaki kan sedikit ruang simpanannya. itu alasan Zarin. Lina mengiyakan dan setiap malam, dia berharap, Zarin akan menunaikan janjinya pada esok hari. namun, harapan tinggal harapan.

xxxXxxx

"selamat hari jadi Lina !"
"happy birthday Lina !"
"Lina ! sanah helwah!"
"kau dah tua Lina ! dah 20 !"

ye. hari ini hari jadi Lina. semua orang dah ucp selamat ke dia. kecuali seorang. ye. Zarin.

'mungkin Zarin nak jadi orang terakhir' getus hati Lina.

xxxXxxx

tiga hari dah berlalu. tahun lepas juga begini. Zarin hanya ucap apabila Lina bertanya. tahun ini Lina nekad. dia mendiamkan diri. biar Zarin yang mencarinya.

xxxXxxx

sebulan telahpun berlalu. satu mesej dari Zarin pun belum Lina dapat. dia sedih. bila semua orang tanya. ringkas jawapan.

"ada jodoh, ada lah hubungan kami."

Lina hanya sedapkan hati. dia tahu itu. ada gosip liar mengatakan Zarin sudah mula rapat dengan seseorang di tempat kerjanya. tapi Lina belum boleh terima. bila semua orang tanya. segera jawapan.

"mereka hanya kawan."

xxxXxxx

"kenapa Lina nak tunggu Zarin lagi?"
"dia orang pertama yang buat Lina bukak hati Lina."
"jadi, sebab tu je Lina akan tunggu dia?"
"yupp."
"walaupun Zarin ada orang lain?"
"mana Din tahu?"
"semua orang cakap, kan?"
"Lina tak percaya lah."
"pokok takkan bergoyang kalau takde angin."

bersambung...

December 12, 2013

CerPen #1 : Fazli (Bahagian 1)

kkkrrrrrrrrrrrrrrrriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiing !

"API !! API!!"
"CEPAT TURUN WOI !! NANTI RENTUNG !!"

Afiq bangun malas. Suara jeritan rakan searasnya memekakkan telinga. Dipetiknya suis lampu supaya terpadam.

'Aku tidur lagi elok.'

DAM DAM DAM !

Bunyi ketukan pintu. Rakan bilik sebelah yang terlalu mengikut peraturan.

"Afiq, aku tahu kau kat dalam tu. Baik kau turun. Aku repot kat felo ni kang."

Diam. Tutup mata.

"Woi. Turun lah. Felo dah tunggu semua kat bawah tu laa."

Diam. Pura pura tidur.

"Weyh ! Afiq, kau tak payah nak ..."

"Kau diam boleh tak Kamal?" Afiq separuh jerit.

"Aku ketua aras. Baik kau keluar sebelum aku pecahkan pintu ni."

"Haih. Dapat ketua aras yang skema haram macam kau pun tak best jugak. Ye lah. Aku keluar."

Afiq turun membontoti Kamal hingga ke padang kawad. Kelihatan ramai rakannya yang lain turut ada di bawah. Dua kumpulan yang hampir sama jumlahnya disusun setentang. Lelaki dan perempuan.

"Tu makwe kau tu, Linda tu kan?"
"Weyh, Miza tak pakai tudung tu weyh. Takut terbakar laa tu."
"Pergh ! Pakai baju tidur je beb. Polka dot tu."

Luahan perasaan lelaki gersang keluar masuk ke gegendang telinga Afiq. Tapi untuk melayan, Afiq malas. Dia terus mengambil tempat paling sudut dan duduk di sebelah seorang mamat baju putih.

"Kau Afiq kan?"

Afiq toleh. "Hem."

"Aku Faz. Fazli."

"Ye. Aku Afiq."

"Aku tahu. Selalu dengar cerita pasal kau?"

"Haa? Kau budak mana ni?"

"Aku budak Sports Science. Tahun 2."

"Oh. Budak Sports Science ada cerita pasal aku ke? Dari mana kau dengar ni?"

"He he he. Banyak aku dengar. He he he."

"Seperti?"

Afiq langsung hanyut mendengarkan setiap butir bicara mengenai dirinya dari mulut Fazli. Dirasakan setiap kata keluar dari mulut Fazli itu sangat menarik.

xxxXxxx

"Okay. Sekarang semua pelajar dah boleh naik. Kita dah tamat demonstrasi firedrill kita semua."

Afiq tersentak. Fazli sudah tiada di depannya.

'Amboi. Habis demo je terus hilang budak ni?'

Dia terus bangun dan terus bergerak ke biliknya. Afiq mencari cari kelibat Fazli dengan harapan dapat berjalan balik bersama. Namun hampa. Sebaik sahaja tiba di bilik, Afiq terus sahaja ke tingkap dan melihat ke arah padang kawad. Dia terlihat akan seseorang yang duduk di padang tersebut.

"Fazli ! Woi, Fazli kan tu? Faz !"

"Kau panggil siapa tu Fiq?" Izwan menegur. Teman sebilik Afiq.

"Aku panggil Faz. Fazli. Sports Science. Second year. Kenal?"

"Second year? Aku tak layan budak junior laa. Dia duduk kat padang kawad lagi ke?"

"Entah. Tadi aku nampak. Kau tegur je hilang."

"Hemm. Ada ada je lah kau ni."

Afiq terus teringat akan Yana. Rakan satu matrikulasi dahulu. Dia pasti kenal siapa Fazli. Timbul rasa minat untuk berkawan dengan seorang hamba Allah bernama Fazli.

bersambung...

December 09, 2013

gelak

hai. assalamualaikum.

macam dah lama je gua tak menulis cara gini. asek asek kispen. puisi. yang tah hape hape tu.

gua ekceli ada cerita nak karang. tapi bila nampak je ruangan new post putih besar ni blank terus. jadinya. gua pi laa jenjalan blog orang lain. jenjalan blog sendiri. hasilnya?

gua gelak tak henti. ni tengah dok gelak lagi ni. bangang sungguh seorang gua satu ketika dahulu.

dah laa. gua dah kena banyak take note. literal note. bukan mind note. baru berkesan.

dah laa. gua tulis sebab ada rasa nak tulis tapi idea takde. bai.

November 29, 2013

KisPen #8 : Dosa

"Kenapa kau panggil aku ni? Aku ada buat salah lagi?"

"Hafiz, saya ni cikgu awak. Cakap elok elok tak boleh?"

"Bapak aku pun aku cakap macam ni. Nak apa ni?"

"Hmm. Saya nak tanya apa awak dah buat dengan Rohaya?"

"Rohaya? Anak kau Rohaya? Hahahaha. Kenapa kau tak tanya dia je?"

"Rohaya dah cerita semuanya kat saya. Saya nak dengar dari pihak awak."

"Weyh, kau ni nama je cikgu disiplin. Anak sendiri tak reti jaga. lepas tu kau nak salahkan aku kan?"

"Saya tak salahkan awak. Saya nak tahu apa cerita awak."

"Haih. Macam ni Apa yang budak Rohaya cerita kat kau tu. Semua betul. Dan puncanya kau. Tak reti jaga anak."

Diam.

"Dah laa. Aku nak blah. Sedap Rohaya tu. Mantap. Ketat. Hahahahahaha."

"KURANG AJAR !"

xxxXxxx

Seorang pelajar Tingkatan 6 Atas ditemui mati akibat rodokan sebilah pisau dari belakang badan terus menembusi jantung. Suspek utama, Taufiq Hidayat Muhd Saufi, 35, guru di sekolah tersebut, masih diburu pihak berkuasa.

November 18, 2013

#DariMataAdan

don't ever take any of my words blindly.
think about it. and try to adapt it on your own self.

my words came from my experience. whether i did thought about it before i speak. or it unconsciously spoken. it came right from the bottom of my heart.

it can be harsh. so that whose who listen can realize.
it can be nice. so that whose who listen can adapt.

the truth on my words. depends on who you are.
may someone says my words are 100% truth while others label it as bullshit.
but, do i even look like i care.

i say. the things. that i saw. from this very eyes.

#DariMataAdan

November 03, 2013

Kispen #7 : Puaka

jam 3 pagi. tersedar. perut memulas.

kombinasi yang paling tak best dalam hidup seorang Aisyah.

xxxXxxx

Aisyah tak pernah mahu untuk tinggal di asrama. namun kata kata ayahnya bukanlah satu pilihan. pada Aisyah, umur 13 tahun bukanlah satu masa di mana dia perlu duduk asrama dan berpisah dengan ibunya. dia belum puas lagi bersama ibunya tiap malam di rumah.

semenjak kelahirannya, dia tak pernah lagi tidur seorang. anak kecil itu dimanjakan sepenuhnya oleh ibunya. mana tidak ayahnya rimas. itu juga antara sebab Aisyah merupakan anak tunggal sehingga kini.

namun keputusan UPSR Aisyah yang baik serta permohonan Sekolah Berasrama Penuh yang diisi ayahnya menyebabkan Aisyah diterima masuk dan perlu untuk tinggal di asrama. mahu tak mahu, Aisyah terima sahaja keputusan ayahnya.

xxxXxxx

minggu pertama Aisyah di asrama sahaja dia telah didedahkan dengan cerita cerita hantu asrama yang didudukinya. melihatkan Aisyah kerap menangis, para senior mengambil kesempatan untuk membuli Aisyah.

Aisyah diminta untuk membasuh baju di tengah malam setelah diceritakan tentang hantu tanpa wajah yang akan turut membasuh sekiranya ada seseorang yang membasuh setelah lepas tengahmalam. Aisyah juga diminta untuk pergi ke dewan makan untuk mengambil air selepas diberitahu tentang penunggu yang akan menegur sesiapa sahaja yang masuk dewan makan pada waktu malam.

namun apa yang paling menakutkan Aisyah ialah mengenai puaka 3 pagi di tandas utama.

xxxXxxx

perkara pertama yang Aisyah lakukan sebaik sahaja dia tersedar kerana perutnya memulas adalah melihat jam - 3 pagi. Aisyah duduk di katilnya. pandangannya terarah ke pintu tandas yang tertutup rapat. Aisyah toleh ke katil sebelah. Aminah nyenyak tidur. Aisyah perlu ke tandas. dia terus bangun. tak perlu rasanya untuk dia kejutkan Aminah.

pintu utama tandas dikuak. Aisyah masuk. dia memilih tandas yang pertama. mudah. sebaik sahaja Aisyah mahu memulakan urusannya. dia terdengar seseorang menolak pintu utama tandas. Aisyah terdiam. dia mengamati rentak langkah kaki orang itu sebelum menegur.

"siapa tu?"

"Aisyah ek? aku lah."

"oh Aminah. lega aku. kau pun nak membuang jugak?"

"a'ah. dari tadi lagi. tapi aku tahan. nampak kau masuk tadi. aku join laa. hihiii."

"apa laa kau ni. kenapa tak masuk je?"

"gila kau. cerita kak Farah pasal puaka 3 pagi tu baru aku dengar tadi. takut lah."

"oh. cerita tu ke? kak Farah ada cerita kat aku jugak. tapi sebab tak tahan sangat. aku peduli apa."

"tapi kau bukan penakut jugak ke? basuh baju malam malam pun sampai terkencing kencing."

"eh. jangan ingat lah. malu kau tahu. masa tu takut lah."

"sekarang ni kau tak takut ke?"

"takutlah jugak. tapi lepas kau masuk sekali ni oke dah. eh. aku dah siap ni. nak aku tunggu ke?"

"tak pe. aku pun nak siap dah. kau keluarlah dulu."

Aisyah tarik flush. betulkan apa yang patut. lalu terus dia berlalu keluar tandas. sebaik sahaja merebah badannya di atas katil. dia ternampak susuk tubuh di atas katil Aminah. Aisyah lantas menggigil ketakutan. di serkupkan selimut menutupi muka. dengan siapa dia berborak sebentar tadi di tandas.

kedengaran pintu tandas dikuak dan ditutup. kedengaran tapak kaki menghampiri katilnya. ini pasti puaka itu. pasti. Aisyah terus menggigil. kelengkangnya basah dek air hangat. tapak kaki itu semakin hampir. Aisyah terasa bahunya disentuh. Aisyah jerit. Aisyah pitam.

xxxXxxx

"kenapa kau jerit sampai macam tu sekali?" tanya kak Farah sebaik sahaja Aisyah membuka mata.

"semalam saya rasa. saya dah berborak dengan puaka 3 pagi tu kak." kak Farah mengerutkan dahinya.

"mengarutlah. mana ada puaka tu? aku reka cerita je bagi kau takut."

"betul kak. saya tak tipu."

"cuba kau cerita betul betul." kak Farah cuba menenangkan.

"semalam saya nak membuang. saya tengok jam pukul 3 masa tu. saya beranikan diri sebab dah tak tahan. tak lama lepas tu. saya dengar ada orang masuk. saya tanya. dia kata dia Aminah. kami pun borak. lepas tu..."

"lepas tu apa?"

"masa saya keluar. saya nampak Aminah kat katil dia kak. mestilah saya berborak dengan ..."

"yang kat katil Aminah tu aku lah."

Aisyah diam.

"dah. pergi angkat tilam kau tu pergi jemur. hancing satu dorm."