November 19, 2012

bila Siswa berBakti... day 1

13 November

azan subuh mengejutkan diriku dari lena yang singkat. malam tadi mataku hanya berjaya direhatkan lewat jam 3. excited? gembira? gemuruh? macam macam perkara yang bermain di fikiranku semalaman. soal penat yang tidak hilang selepas berkhemah di Sedim sepanjang tiga hari yang lepas. soal cuti pertengahan sem yang bakal dihabiskan di rantau orang. soal keluarga yang sudah sangat dirindui. ahh. biarkan saja.

pagi ini kami, wakil Desasiswa Utama [dU] (walau aku sebenarnya penginap Desasiswa Jaya), dijadualkan untuk berangkat ke Kampung Tanjung Jambu (KTJ), Kuala Lipis untuk program #BaktiSiswa atau juga dikenali dengan Program Pembangunan Lestari (Proppel). baju siap kemas. tiga beg akan aku bawak untuk ke sana. beg baju. beg laptop. beg sandang.

sampai di Kafe Lembaran. kelibat kak meera kelihatan menanti di suatu meja sebelum orang lain tiba. berbaju putih berlambang dU comel dipandang. ya. baju itu comel. dan ya. aku turut menyarung baju yang sama. begitulah aturannya.

seorang demi seorang tiba. sehingga cukup 13 orang. sedikit? kami akan bergabung dengan pelajar PETAS dari kampus induk sebenarnya. dan dengan itu jumlah keseluruhan kami 25 orang. masih sedikit? pedulik hape aku. 

abang dan, ketua kontinjen kami, menelefon Dr Anees, penggawa PETAS, untuk menanyakan soal bas yang akan mangambil kami untuk ke destinasi kami. jam 9.30 ketika itu dan bas sudahpun melewati jambatan Pulau Pinang. tepat jam 10.24 pagi. bas tiba dan kami terus bergerak.

perjalanan ke KTJ sangat seronok. permainan kad silih berganti. dari UNO ke Happy Family hingga ke Donkey. gelak tawa dan sindiran pedas menghiasi suasana dalam bas. walau majoriti ahli bas memilih untuk tidur tapi tidak kami. ya. kami para MRS. namun insiden yang paling menarik adalah insiden yang dialami shima.

insiden TA. ya. itu yang kami gelar. semua bermula ketika shima tiba tiba mengadu ingin membuang air. aku terus meminta pemandu bas untuk berhenti jika tiba di mana mana tandas awam. amir yang menyedari peluang keemasan tiba menyua botol ke shima lalu menggoncang di hadapannya. lalu kami terus mengalan shima sepanjang perjalanan mencari tandas awam. selama hampir 30 minit shima menahan rasa termasuk diusik gurauan kasar dari kami. barulah bas berhenti. shima yang kehilangan kata kata terus turun mencari tandas yang diekori gelak tawa kami. 

perjalanan disambung seperti biasa cuma tambahannya, shima sering diusik mengenai tandas sehinggalah kami sampai ke KTJ. jam 4.35 kami tiba dan disambut dengan bunga rampai oleh orang kampung. jamuan kuih muih. dan diakhiri dengan upacara membahagikan kami kepada penduduk kampung sebagai anak angkat. aku dan amir ditempatkan dengan pasangan Nora dan Baharudin. mak dan abah baru kami.

bersambung...

November 07, 2012

tajuk tiada

assalamualaikum.

gua nak tanya kau orang laa. hebat sangat ke jadi ketua ni? cool sangat ke jawatan tinggi tinggi ni? bagus sangat ke dapat jadi YDP sana sini?

hebat laa kan kalau member tetiba je segan kat kau? cool laa kalau kawan rapat tetiba makin jauh dengan kau? bagus laa kalau hubungan dengan manusia lain tergadai macam tu je?

kalau macam tu. gua tak nak jawatan ni. ada sebab gua tak suka jawatan tinggi tinggi ni.

antaranya inilah. tiba tiba je orang cakap segan laa nak tegor. sebab apa? sebab dah ada jawatan tinggi.

kau orang ingat senang ke nak pegang jawatan? gua sampai sekarang fikir jawatan ni gua tak layak. tapi sebab kepercayaan. gua lenjan jugak tanggungjawab ni. 

tak tahu laa ni perasaan gua ke hape. tapi dari dulu bila orang tahu gua ada jawatan itu jawatan ini. mula laa nak kata macam macam.

orang macam gua ni sebenarnya tak suka pada ikatan. tak suka terasa perlu mengikut. gua ni orang bebas. sebab tu selalu gua gerak sorang je. tapi takde laa nak kata gua suka buat kerja sorang. bukan gua ni hebat mana pun nak layan kerja sorang sorang.

dah laa. cukup gua rasa. ni kalau gua tulis lagi ni. mahu mencarut bukan bukan ni.

adieu.

p/s : gua orang bebas. tapi kalau ada bini jaga lagi syok kott.

November 01, 2012

.

maafkan saya atas segala dosa yang saya pernah buat kat awak. saya doakan yang terbaik buat awak. i've had enough. assalamualaikum.

-the end-