October 14, 2013

HAH ! Hari Ajar Hajar ! #repost

post ini pernah dipublish satu ketika dulu namun gua padam sebab subjek di dalam post ini macam merajuk dengan gua. tapi kini tidak lagi. nikmati.

xxxXxxx

berikut merupakan rentetan SMS antara pakcik rG dengan SailorMoon.

"Kalo hang nk p esk, kul 9am"
"Kereta?"
"Kete sewa.viva"
"Okay."

92 minit kemudian

"Mana kau?"
"Sabo la. Tnggu kat kafe lembaran. Nak amek kete sat"
"Oke. Aku nk makan sat."
"Ye ye"

ini lah mulanya.
mulanya hari hajar.
hari ajar hajar.

jeng jeng jeng.

peristiwa satu.
di Restoran Khilal (bukan nama sebenar)
kisah pirahna dan barracuda. serta budak pasir mas.

pirahna : air suam ni aku nak.
budak pasir mas : kau habiskan air tu. aku tak kira.

...

barracuda : *cek tweet kat henfon*
pirahna : *cuba curik roti telur barracuda*
barracuda : *toleh*
pirahna : *buat tak tahu* 'cis, tak sempat'

...

pirahna : nak pergi toilet. jangan tinggalkan aku.
budak pasir mas : oke. jom kita gerak.

ye. pirahna tu hajar.

peristiwa dua.
menuju ke Serigala Besar dan Jahat.

anak kecil : boleh carik toilet tak?
bapak : bukan tadi dah pergi toilet ke?
anak kecil : berhenti je laa.
kakak kakak : *gelak besar*
anak kecil : jangan gelak laa. ini tak lawak. *gigit pintu kereta*
abang : eh. tu esso. toilet. *sambung gelak*

ye. anak kecil tu hajar.

peristiwa tiga.
di food court Jambul Hill.

pacik : kau nak makan apa?
first timer : ada apa je?
pacik : MAMAK ! goreng goreng ada?
mamak : ada ada.
pacik : kau nak order apa ni?
first timer : ada apa je?
mamak : mee ada. bihun ada. maggi ada. nasi goreng ada. nasi goreng ayam ada.
first timer : nasi kandar takde?
pacik : kau pernah makan nasi kandar tak? *start gelak*
first timer : *geleng kepala*
mamak : mari sini saya kasi tunjuk itu nasi kandar.
pacik : *masih gelak*

ye. first timer tu hajar.

peristiwa empat.
permainan Bowling dua frame.

bola 7 : eh. aku tak reti main laa.
bola 11 : main macam ni. baling kena tegak.
bola 9 : alaa. longkang lagi.
bola 10 : kau jangan bengkok kan tangan.

setelah pertengahan frame kedua.

bola 7 : wehh. nak main lagi.
bola 7 : yey. aku baling lagi.
bola 7 : alaa. dah nak habis ke?
bola 10 : kau nak main lagi ke?
bola 7 : nakk. *muka excited*
bola 9, 10, 11 & takde bola : *geleng kepala*

ye. bola 7 tu hajar.

peristiwa lima.
perjalanan balik. tepi USM.

budak excited : eh. tu USM. tu USM. eh. kenapa tak belok?
budak driver : sabar. nak tengok shuttlecock kejap.
budak excited : oh. oke oke.
budak driver : tak habis habis karenah dia.
semua budak : *gelak besar*


ye. budak excited tu hajar.

oke. dah boleh berhenti kott pasal post ni. pacik dah gelak sakan dah ni. hahahaha.

p/s : jangan marah hajar. jangan serik keluar dengan kami. :p


October 13, 2013

Review Filem : Psiko, Pencuri Hati

Sejauh mana anda melakukan kajian apabila menulis novel tentang pembunuh bersiri? Adakah anda perlu berfikir seperti seorang pembunuh? Adakah anda memerlukan emosi serta kemahiran seperti pembunuh bersiri untuk memastikan kisah mengenai anda tersebar di akhbar? Dalam Psiko: Pencuri Hati, persoalan ini ditujukan kepada watak utama filem ini iaitu Sidi. Sidi merupakan seorang penulis yang sentiasa cuba berlawan dengan perasaannya sendiri. Dia cuba mencari masa sesuai untuk melakukan penyelidikan bagi novel terbaru beliau yang berkisar mengenai pembunuh bersiri. Walaubagaimanapun, dia mendapati dirinya berada dalam kegelapan.

Klasifikasi : 18
Genre : Aksi / Drama / Suspens
Tarikh Tayangan : 5 September 2013
Bahasa : Malay
Pengedar : ALTERNATE PICTURES SDN BHD
Pengarah : Namron
Pelakon : Bront Palarae, Syed Hussein Syed Mustafa, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Shera Ayob, Julia Ziegler

xxxXxxx

20 minit pertama cerita ini dah berjaya tarik buat aku seram sejuk tak memasal.

Psiko, Pencuri Hati sejujurnya satu cerita yang sangat mendalam. it makes us think. itu yang gua boleh komen. unsur misteri dan saspens yang tinggi buatkan cerita ni lebih valuable.

with a set of tak lebih sepuluh pelakon [kalau kita tolak mangsa bunuh, polis and extras] Nam Ron berjaya mewujudkan cerita yang menarik. 

the best part dalam cerita ni is when Man (Amerul Affendi) consistently provoking Sidi (Bront Palarae). macam mana dia provoke. gua kena syorkan engkorang tengok sendiri.

anyway, kombinasi Bront Palarae dengan Amerul Affendi memang cantik. watak Khairi yang dibawa oleh Syed Hussein sedikit kaku dan Sharifah Amani as Wani is beautiful.

that is all from me. out of 10 stars, i gave Psiko, Pencuri Hati a brilliant 8 stars.

October 04, 2013

Review Filem : Miracle in Cell No 7

Pengarah : Lee Hwan Kyung
Penerbit : Kim Min Ki & Lee Sang Hun
Penulis Skrip : Lee Hwan Kyung, Yu Young A, Kim Hwang Sung & Kim Young Seok
Pelakon : Ryu Seung Ryong, Park Shin Hye dll.
Tarikh Mula Ditayangkan : 23 Januari 2013
Masa Filem : 127 minit
Bahasa Filem : Bahasa Korea
Sinopsis : A story about love between a mentally ill father and his lovingly adorable daughter. Which is her father, accused of murder and rape.

xxxXxxx

maaf atas keserabutan bahasa dekat bahagian pengenalan filem ini. sumpah tak pernah ada pengalaman nak review filem.

tergerak nak bercerita tentang satu kisah yang berjaya mengalirkan air mata power gua. yes. Miracle in Cell No 7 ni telah berjaya menembusi ruang kental keras lagi power hati gua. cerita tentang seorang ayah yang sangat penyayang namun mengalami masalah mental dan dituduh melakukan jenayah culik, rogol dan bunuh.

apa yang menariknya cerita ini. satu. ia menyentuh tentang betapa kasihnya seorang ayah kepada anaknya. dua. ia menyingkap satu sudut yang kita tak pernah nampak. hidup banduan di dalam penjara. tiga. ia menunjukkan rasa kasih sayang yang boleh membantu dua pihak. pihak penjara; warden dan banduan. pihak Ye Sung, anak Lee Yong Gu, watak utama kisah ini.

sejujurnya. out of 10 stars. i would like to give it 12. cerita ni sangat power sampaikan orang yang tak minat korea pun nak tengok. kalau engkorang belum tengok. tengok cepat cepat. sumpah tak rugi.

p/s : Ye Sung ah !!!