September 19, 2013

entri #2 : Tingkap

assalamualaikum.
kali ni gua nak kongsikan entri gua bagi Pertandingan Menulis cerpen #SERONOK & #SAMAR
yes. gua tak menang.

“Kau nak dengar satu cerita tak?” Faizal buka bicara.

“Pasal apa pulak?” Azmi hembus asap rokok.

Malam itu, tiba tiba sahaja Faizal mengajak Azmi keluar. Kebiasaannya, Faizal yang akan diajak kerana Faizal lebih berminat untuk duduk di bilik daripada keluar berembun. Namun, tidak malam itu.

“Kan aku cakap dah berapa hari aku terjaga pukul 4.35 pagi?”

“Dan kau cakap masa tu itulah. Tak pernah lewat. Tak pernah cepat. Yang tu?”

“Haa. Sebenarnya ada sesuatu yang kacau aku.”

Muka Azmi berubah. “Define kacau.”

“Kacau laa. Mulanya macam ni. Malam first aku tersedar tu aku buat dang ja. Perasan 4.35 tu pun sebab aku memang ngadap henfon aku. Jadinya aku biar. Tapi lepas tak boleh tido. Aku buatlah kerja.”

“Oke. Jadinya?”

“Malam kedua pun aku tak perasan apa. Cumanya aku duduk katil je laa. Esaimen dah siap. Tapi aku ada rasa pelik. Tak pasti pelik apa.”

“Kau dah siap esaimen? Nanti bagi aku pinjam ahh.”

“Hish kau ni. Yelaa. Ingatkan aku nanti. Kat mana aku tadi?”

“Malam second.”

“Haa. Malam tu aku ada rasa sesuatu yang pelik. Tapi tak pasti apa. Aku baring sampai laa pagi.”

“Kenapa kau tak tahajud je?”

“BMW.”

“Jadah kau ni. Hahaha. Oke. Go on.”

“Malam ketiga laa aku perasan benda pelik tu. Tiap kali aku tersedar 4.35 pagi tu. Tingkap aku mesti terbukak.”

“Kau lupa tutup kott.”

“Itu yang aku fikir mulanya. Tapi esoknya aku kompemkan aku tutup tingkap sebelum aku tidur sampai aku tertidur tengok tingkap tu.”

“Lepas tu?”

“4.35 pagi. Aku tersedar. Tingkap tu terbukak.”

“Kejap. Sebelum kau sambung cerita kau ni. Elok kita carik port lain. Lain macam dah aku rasa.”

“Mamak?”

“Jom.”

Sampai di kedai mamak, Faizal pilih tempat duduk paling hujung. Azmi ikut sahaja. Itu sahaja yang tinggal kosong dalam restoran tersebut. Malam itu perlawanan prestij tinggi. Chelsea menentang Manchester United. Pasti saja penuh. Teh tarik gelas besar dipesan mereka. Azmi bakar rokok. Faizal kibaskan asapnya. Dua gelas besar teh tarik sampai. Faizal hirup sikit. Azmi hembus asap. Faizal sambung cerita.

“Ok. Tingkap tu terbukak.”

“Tingkap tu terbukak. Lepas tu?”

“Start dari tu. Aku tak senang duduk. Kejap ngiring kiri. Kejap ngiring kanan. Niarap. Terlentang. Duduk bersila. Duduk cina kalah judi. Semua posisi dah aku try. Tapi aku tetap tak selesa.”

“Apesal?”

“Sebab aku asyik terpandang tingkap terbukak tu. Lagi satu, aku teringat masa malam pertama tu. Badan belakang aku sejuk. Sebab kena angin kuat.”

“Apa kaitannya?”

“Kan aku kata aku buat esaimen. Aku duduk kat meja study. Bila aku duduk kat meja study. Aku membelakangkan tingkap. Lebih kepada mengtepikan tingkap.”

“So?”

“Tingkap tu terbukak laa malam awal tu. Tapi aku tak perasan sebab ralit dengan esaimen tu. Malam kedua tu kan aku kata ada benda pelik. Tingkap tu jugak laa. Aku tak perasan sebab aku just pandang tingkap tu sekali lalu.”

“Ok. Jadi lepas kau perasan yang tingkap tu terbukak dan kau tak senang duduk apa jadi?”

“Entah. Sebab takut sangat kott. Aku bergerak sana sini sampai pagi.”

“Apesal kau tak tutup je tingkap masa kau tersedar tu?”

“Bagus punya soalan. Aku cadang macam tu lah masa malam lepas tu. Lepas tengok tingkap tu tertutup sampai tertidur. Bangun. 4.35 pagi. Tingkap terbukak. Aku terus nekad nak tutup ja tingkap tu.”

“Kau dapat tutup tak?”

“Tak.”

“Apesal?”

“Aku dengar ada suara.”

“Haa. Sudah. Kata apa?”

“Jangan tutup tingkap tu.”

“Kau tutup tak?”

“Tak. Aku terus patah balik. Naik katil. Selubung selimut. Terkup muka. Tutup mata. Tahu tahu je pagi.”

“Dah tu?”

“Sebab tu lah aku ajak kau keluar ni.”

“Kenapa?”

“Semalam. Malam latest. Lepas rutin biasa aku buat sampai aku tersedar tu. Aku kuatkan hati. Nak tutup jugak. Tak kira apa.”

“Jadinya, kau tutup tak?”

“Tutup. Masa tu lah aku nampak benda tu?”

“Kau nampak apa?”

“Aku nampak macam ada orang diri. Sebelah tingkap tu. Tapi…”

“Tapi apa?”

“Samar samar. Aku tak nampak jelas sangat.”

“GOL !!!!” satu restoran itu riuh. Nampaknya salah satu pasukan ternama itu Berjaya buka jaringan gol. Azmi terbatuk batuk. Dia sedang meneguk teh tarik ketika laungan itu bergema. Usai batuk. Azmi lihat Faizal terbeliak. Seakan terlihat sesuatu yang menakutkan. Azmi cuba pandang arah mata Faizal. Tiada apa kelihatan kecuali seorang lelaki berjoget keriangan.

“Mi. Jam pukul berapa?”

“4.36 pa..”

“Aku nampak tu Mi. Aku nampak budak tu semalam.”

“Haa? Budak joget tu?

“Bukan. Budak perempuan pakai baju merah tu.”

Azmi terdiam.

No comments:

Post a Comment