December 23, 2013

KisPen #9 : Sedia (SMFE!)

pen dua batang. hitam dua dua. pensel tekan. ubat dah ada. pembaris, pemadam ada. kad matrix. ic. semua ada. dia tenung lagi meja belajarnya pagi itu.

"apa lagi yang kurang ni?"

haa. slip exam. itu takde lagi. kena print tu. tengok jam. 4.30 pagi. oke. sempat lagi ni. terus dia duduk dan bukak laptop.

bukak website exam. klik slip exam. print. printer menyala. kertas ada. tapi cetakan tak berhasil. 

"ahhh. printer ni kan rosak hari tu. apa yang aku lupa ni?"

capai henfon. bukak phonebook. pilih Yan. view number. capai henfon kedua. dail number.

'tut tut... tut tut... tut tut... tut tut... tut tut... INI ADALAH PETI SIMP... '

"ahh. kes tak bangun lagi laa Yan ni."

bukak phonebook. pilih Shah. dail.

'tut tut... tut... '
"HELLO ! siapa ni?"
"aku lah, Adam."
"Adam?"
"haa laa. aku nak mintak tolong print ni weyh. slip exam."
"ohh. Adam Haris. nak printer? printer aku masuk kedai laa. ink dia pecah semalam. aku terpijak."
"kau pijak ink? jadahnya."
"dah laa. sori. aku nak tido ni. kacau betul orang nak mimpi basah."


"alaa Shah ni. time time gini nak masuk kedai pulak printer dia."

tengok jam. 4.45 pagi.

bukak phonebook. pilih Afi. dail.

'tut tut... tut tut... tut tut... tut tut... tut tut... THE NUMBER YOU HAVE... '

"ahh. sorang lagi... "

'jujurlah sayang. aku tak...'

"hello."
"haa. awat? aku pi berak tadi."
"ang ada printer dak?"
"ada. ink ja takdak."
"ohh. takpa laa."
"awat?"
"tak print slip exam lagi ni."
"ohh. haa. baguslah. selamat berjaya nanti. assalamualaikum."

letak. kemain Afi ni. dia letak dulu pulak. haih. siapa lagi ni? hemmm.

xxxXxxx

*alarm berbunyik* (tak tau nak buat bunyi alarm)

bukak mata. jeling kiri. tengok jam. 8.30 pagi.

"ahh sudah. macam mana aku boleh terlelap ni? ahh."

capai tuala. masuk bilik air. berak. mandi. wudhuk. sembahyang subuh gajah. bersiap. sarung kasut. masukkan semua barang dalam beg. kunci pintu. bergerak ke dewan dalam kadar yang paling laju.

xxxXxxx

8.52 pagi. mengah. peluh. lidah terjelir. tenang. tarik nafas. cek pakaian. zip seluar. ikat tali kasut. berdiri tegak. jumpa pengawas peperiksaan.

"encik. kalau tak bawak slip exam macam mana? saya lupa sangat nak print."
"lupa nak print? inilah budak sekarang. apa yang dia fikir entah?"
"laa. saya terlupa. TERlupa. bukan sengaja. macam mana ni?"
"awak pergi jumpa..."
"ADAM !" suara perempuan yang merdu dan garau kedengaran.
"Tasha. kau pun lambat jugak?"
"lambat jadah. aku tunggu kau laa. tetiba laju je masuk dewan."
"aku lupa print slip exam. tu yang nak cakap kat encik ni."
"nahh."
"eh? apa ni?"
"kan kau suruh aku print slip exam kau minggu lepas. lupa?"
"hai laa. kau dah suruh orang printkan pun kau lupa?" sampuk encik pengawas setelah lama takde dialog.
"oh. ye ke? terima kasih Tasha."
"dah masuk. lagi 3 minit jam 9 ni."

dia pun tenangkan diri. slip exam dah ada kat tangan. dia keluarkan pen dua batang. hitam dua dua. pensel tekan yang dah ada ubat. pembaris, pemadam. kad matrix. ic. eh. kejap.

"mana pulak calculator aku ni? AHHHHH!"


p/s : selamat menghadapi Final Exam Semester 1 Sidang kali ini untuk semua pelajar Degree USM khususnya, dan pelajar Degree U lain umumnya. maafkan saya jika ada menyinggung perasaan semua orang. saya maafkan apa sahaja kejahatan yang anda ada buat terhadap saya sengaja atau tidak. semoga exam kali ini lebih bermakna dari exam exam yang lepas.

4 comments: