December 17, 2013

CerPen #2 : Lina (Bahagian 1)

minat dah lama hilang. dah lama dah. tapi dia teruskan juga. bila semua orang tanya. tenang jawapan.

"dah lima tahun kami bersama. banyak sangat masa dan duit habis untuk dia. lagipun, nak mula dengan orang baru. leceh."

begitulah Lina. dia tahu semenjak kebelakangan ini dia dengan Zarin sentiasa bergaduh. ada sahaja nak dipergaduhkan. dari soal warna tudung sehingga ke tali kasut yang tidak diikat. ada sahaja yang tak kena di mana Zarin. bila semua orang tanya. mudah jawapan.

"kalau tak gaduh. semua nak happy. tak best jugak relationship tu. kan?"

Zarin, pada sebelah cerita, seperti lelaki tipikal. sesudah merasakan Lina itu miliknya. usaha untuk memiliki semakin kurang. sedangkan Lina berharap agar Zarin terus untuk memikat hatinya agar Lina sentiasa rasa cinta. itulah yang dijanjikan pada awal perkenalan. kata Zarin,

"saya berjanji, ni tengok tangan saya ni. saya berjanji untuk memikat awak setiap hari sampai saya mati."

tapi semua itu dalam memori Lina sahaja. memori lelaki kan sedikit ruang simpanannya. itu alasan Zarin. Lina mengiyakan dan setiap malam, dia berharap, Zarin akan menunaikan janjinya pada esok hari. namun, harapan tinggal harapan.

xxxXxxx

"selamat hari jadi Lina !"
"happy birthday Lina !"
"Lina ! sanah helwah!"
"kau dah tua Lina ! dah 20 !"

ye. hari ini hari jadi Lina. semua orang dah ucp selamat ke dia. kecuali seorang. ye. Zarin.

'mungkin Zarin nak jadi orang terakhir' getus hati Lina.

xxxXxxx

tiga hari dah berlalu. tahun lepas juga begini. Zarin hanya ucap apabila Lina bertanya. tahun ini Lina nekad. dia mendiamkan diri. biar Zarin yang mencarinya.

xxxXxxx

sebulan telahpun berlalu. satu mesej dari Zarin pun belum Lina dapat. dia sedih. bila semua orang tanya. ringkas jawapan.

"ada jodoh, ada lah hubungan kami."

Lina hanya sedapkan hati. dia tahu itu. ada gosip liar mengatakan Zarin sudah mula rapat dengan seseorang di tempat kerjanya. tapi Lina belum boleh terima. bila semua orang tanya. segera jawapan.

"mereka hanya kawan."

xxxXxxx

"kenapa Lina nak tunggu Zarin lagi?"
"dia orang pertama yang buat Lina bukak hati Lina."
"jadi, sebab tu je Lina akan tunggu dia?"
"yupp."
"walaupun Zarin ada orang lain?"
"mana Din tahu?"
"semua orang cakap, kan?"
"Lina tak percaya lah."
"pokok takkan bergoyang kalau takde angin."

bersambung...

No comments:

Post a Comment