November 03, 2013

Kispen #7 : Puaka

jam 3 pagi. tersedar. perut memulas.

kombinasi yang paling tak best dalam hidup seorang Aisyah.

xxxXxxx

Aisyah tak pernah mahu untuk tinggal di asrama. namun kata kata ayahnya bukanlah satu pilihan. pada Aisyah, umur 13 tahun bukanlah satu masa di mana dia perlu duduk asrama dan berpisah dengan ibunya. dia belum puas lagi bersama ibunya tiap malam di rumah.

semenjak kelahirannya, dia tak pernah lagi tidur seorang. anak kecil itu dimanjakan sepenuhnya oleh ibunya. mana tidak ayahnya rimas. itu juga antara sebab Aisyah merupakan anak tunggal sehingga kini.

namun keputusan UPSR Aisyah yang baik serta permohonan Sekolah Berasrama Penuh yang diisi ayahnya menyebabkan Aisyah diterima masuk dan perlu untuk tinggal di asrama. mahu tak mahu, Aisyah terima sahaja keputusan ayahnya.

xxxXxxx

minggu pertama Aisyah di asrama sahaja dia telah didedahkan dengan cerita cerita hantu asrama yang didudukinya. melihatkan Aisyah kerap menangis, para senior mengambil kesempatan untuk membuli Aisyah.

Aisyah diminta untuk membasuh baju di tengah malam setelah diceritakan tentang hantu tanpa wajah yang akan turut membasuh sekiranya ada seseorang yang membasuh setelah lepas tengahmalam. Aisyah juga diminta untuk pergi ke dewan makan untuk mengambil air selepas diberitahu tentang penunggu yang akan menegur sesiapa sahaja yang masuk dewan makan pada waktu malam.

namun apa yang paling menakutkan Aisyah ialah mengenai puaka 3 pagi di tandas utama.

xxxXxxx

perkara pertama yang Aisyah lakukan sebaik sahaja dia tersedar kerana perutnya memulas adalah melihat jam - 3 pagi. Aisyah duduk di katilnya. pandangannya terarah ke pintu tandas yang tertutup rapat. Aisyah toleh ke katil sebelah. Aminah nyenyak tidur. Aisyah perlu ke tandas. dia terus bangun. tak perlu rasanya untuk dia kejutkan Aminah.

pintu utama tandas dikuak. Aisyah masuk. dia memilih tandas yang pertama. mudah. sebaik sahaja Aisyah mahu memulakan urusannya. dia terdengar seseorang menolak pintu utama tandas. Aisyah terdiam. dia mengamati rentak langkah kaki orang itu sebelum menegur.

"siapa tu?"

"Aisyah ek? aku lah."

"oh Aminah. lega aku. kau pun nak membuang jugak?"

"a'ah. dari tadi lagi. tapi aku tahan. nampak kau masuk tadi. aku join laa. hihiii."

"apa laa kau ni. kenapa tak masuk je?"

"gila kau. cerita kak Farah pasal puaka 3 pagi tu baru aku dengar tadi. takut lah."

"oh. cerita tu ke? kak Farah ada cerita kat aku jugak. tapi sebab tak tahan sangat. aku peduli apa."

"tapi kau bukan penakut jugak ke? basuh baju malam malam pun sampai terkencing kencing."

"eh. jangan ingat lah. malu kau tahu. masa tu takut lah."

"sekarang ni kau tak takut ke?"

"takutlah jugak. tapi lepas kau masuk sekali ni oke dah. eh. aku dah siap ni. nak aku tunggu ke?"

"tak pe. aku pun nak siap dah. kau keluarlah dulu."

Aisyah tarik flush. betulkan apa yang patut. lalu terus dia berlalu keluar tandas. sebaik sahaja merebah badannya di atas katil. dia ternampak susuk tubuh di atas katil Aminah. Aisyah lantas menggigil ketakutan. di serkupkan selimut menutupi muka. dengan siapa dia berborak sebentar tadi di tandas.

kedengaran pintu tandas dikuak dan ditutup. kedengaran tapak kaki menghampiri katilnya. ini pasti puaka itu. pasti. Aisyah terus menggigil. kelengkangnya basah dek air hangat. tapak kaki itu semakin hampir. Aisyah terasa bahunya disentuh. Aisyah jerit. Aisyah pitam.

xxxXxxx

"kenapa kau jerit sampai macam tu sekali?" tanya kak Farah sebaik sahaja Aisyah membuka mata.

"semalam saya rasa. saya dah berborak dengan puaka 3 pagi tu kak." kak Farah mengerutkan dahinya.

"mengarutlah. mana ada puaka tu? aku reka cerita je bagi kau takut."

"betul kak. saya tak tipu."

"cuba kau cerita betul betul." kak Farah cuba menenangkan.

"semalam saya nak membuang. saya tengok jam pukul 3 masa tu. saya beranikan diri sebab dah tak tahan. tak lama lepas tu. saya dengar ada orang masuk. saya tanya. dia kata dia Aminah. kami pun borak. lepas tu..."

"lepas tu apa?"

"masa saya keluar. saya nampak Aminah kat katil dia kak. mestilah saya berborak dengan ..."

"yang kat katil Aminah tu aku lah."

Aisyah diam.

"dah. pergi angkat tilam kau tu pergi jemur. hancing satu dorm."

No comments:

Post a Comment