December 12, 2013

CerPen #1 : Fazli (Bahagian 1)

kkkrrrrrrrrrrrrrrrriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiing !

"API !! API!!"
"CEPAT TURUN WOI !! NANTI RENTUNG !!"

Afiq bangun malas. Suara jeritan rakan searasnya memekakkan telinga. Dipetiknya suis lampu supaya terpadam.

'Aku tidur lagi elok.'

DAM DAM DAM !

Bunyi ketukan pintu. Rakan bilik sebelah yang terlalu mengikut peraturan.

"Afiq, aku tahu kau kat dalam tu. Baik kau turun. Aku repot kat felo ni kang."

Diam. Tutup mata.

"Woi. Turun lah. Felo dah tunggu semua kat bawah tu laa."

Diam. Pura pura tidur.

"Weyh ! Afiq, kau tak payah nak ..."

"Kau diam boleh tak Kamal?" Afiq separuh jerit.

"Aku ketua aras. Baik kau keluar sebelum aku pecahkan pintu ni."

"Haih. Dapat ketua aras yang skema haram macam kau pun tak best jugak. Ye lah. Aku keluar."

Afiq turun membontoti Kamal hingga ke padang kawad. Kelihatan ramai rakannya yang lain turut ada di bawah. Dua kumpulan yang hampir sama jumlahnya disusun setentang. Lelaki dan perempuan.

"Tu makwe kau tu, Linda tu kan?"
"Weyh, Miza tak pakai tudung tu weyh. Takut terbakar laa tu."
"Pergh ! Pakai baju tidur je beb. Polka dot tu."

Luahan perasaan lelaki gersang keluar masuk ke gegendang telinga Afiq. Tapi untuk melayan, Afiq malas. Dia terus mengambil tempat paling sudut dan duduk di sebelah seorang mamat baju putih.

"Kau Afiq kan?"

Afiq toleh. "Hem."

"Aku Faz. Fazli."

"Ye. Aku Afiq."

"Aku tahu. Selalu dengar cerita pasal kau?"

"Haa? Kau budak mana ni?"

"Aku budak Sports Science. Tahun 2."

"Oh. Budak Sports Science ada cerita pasal aku ke? Dari mana kau dengar ni?"

"He he he. Banyak aku dengar. He he he."

"Seperti?"

Afiq langsung hanyut mendengarkan setiap butir bicara mengenai dirinya dari mulut Fazli. Dirasakan setiap kata keluar dari mulut Fazli itu sangat menarik.

xxxXxxx

"Okay. Sekarang semua pelajar dah boleh naik. Kita dah tamat demonstrasi firedrill kita semua."

Afiq tersentak. Fazli sudah tiada di depannya.

'Amboi. Habis demo je terus hilang budak ni?'

Dia terus bangun dan terus bergerak ke biliknya. Afiq mencari cari kelibat Fazli dengan harapan dapat berjalan balik bersama. Namun hampa. Sebaik sahaja tiba di bilik, Afiq terus sahaja ke tingkap dan melihat ke arah padang kawad. Dia terlihat akan seseorang yang duduk di padang tersebut.

"Fazli ! Woi, Fazli kan tu? Faz !"

"Kau panggil siapa tu Fiq?" Izwan menegur. Teman sebilik Afiq.

"Aku panggil Faz. Fazli. Sports Science. Second year. Kenal?"

"Second year? Aku tak layan budak junior laa. Dia duduk kat padang kawad lagi ke?"

"Entah. Tadi aku nampak. Kau tegur je hilang."

"Hemm. Ada ada je lah kau ni."

Afiq terus teringat akan Yana. Rakan satu matrikulasi dahulu. Dia pasti kenal siapa Fazli. Timbul rasa minat untuk berkawan dengan seorang hamba Allah bernama Fazli.

bersambung...

No comments:

Post a Comment