March 04, 2013

bukan cemburu. menyampah.

orang kalau tengah hangat bercinta ni memang tak ingat dunia kan? rasa segalanya milik dia. oh. apa? tak bercinta? tunggu yang halal? layan semua orang macam kawan? blaa. ingat aku percaya? kalau hati dah ada perasaan. macam tu laa.

oh.
Assalamualaikum.

itu kira mukadimah laa pasal apa yang aku nak cerita pagi ni.

"orang yang tolak orang lain yang dia tak suka atas alasan 'dosa bercouple' tapi layan orang lain yang dia suka macam couple dengan alasan 'layanan sama macam kawan yang lain'."

orang jenis ini. celaka. kerana apa? kerana mereka ini senang memberi harapan. dan senang lupa tentang harapan yang diberi. pada hujungnya. terus diam dengan kata hikmat mereka yang berbunyi.

"kita berkawan sahaja dahulu, jika ada jodoh. ada lah. kita berdoa sama sama ye."

dua tiga minggu lepas tu. berbual dengan orang lain umpama pasangan romantis.

jelik.

oh. aku bukan cemburu. aku menyampah.

No comments:

Post a Comment