January 22, 2013

(isikan tajuk yang sesuai)

lelaki yang baik untuk wanita yang baik. lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat.

sengaja gua mulakan post kali ni dengan ayat tu. sebab ayat ni banyak menyedarkan gua dengan kejahatan kejahatan gua. menyedarkan gua supaya tidak bermimpi untuk berdamping dengan wanita yang baik. menyedarkan gua untuk kembali berpijak ke dunia nyata.

mungkin gua yang salah untuk melamarnya dulu. meluahkan rasa gua ni. mungkin gua yang salah kerana memaksa dia. buat dia lupakan yang lain. mungkin gua yang salah kerana tidak betulkan diri. masih berada di takuk lama.

semua orang mahukan yang sempurna. semua orang mahukan yang cantik. semua orang mahukan yang baik. tetapi. konsep sempurna semua orang lain. konsep cantik semua orang berbeza. konsep baik semua orang tidak sama.

mungkin pada mata gua dia tu sempurna. tapi pada mata dia gua ni penuh cacat cela. mungkin pada mata gua dia tu cantik. tapi pada mata dia gua ni jelik. mungkin pada mata gua dia tu baik. tapi pada mata dia gua ni jijik.

rasanya biar je laa hubungan perasaan ini terputus. ye hubungan perasaan. hubungan profesional tetap gua jaga. kerana memutuskan silaturrahim itu dimurkaiNYA.

oh. lupa.
assalamualaikum. :)

1 comment:

  1. tiada manusia yang sempurna didunia ini.. itu sebabnya manusia diciptakan berpasangan untuk saling melengkapi.. sabarlah menempuh dugaan-Nya.. Allah itu maha adil.. mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku.. be strong kawan (:

    ReplyDelete