October 05, 2012

Tuhan, jagakan dia.

assalamualaikum.

saat awak semua baca ni. saya sedang mengalirkan air mata. ye. saya tak tipu. meski bukan air mata fizikal, air mata dari hati ini telah pun mengalir. kenapa? sebab saya merindukan seseorang.

saat rakan rakan di laman burung biru bergurau senda. berkanda dinda. bercakap soal jodoh. hati saya tersentuh. sangat tersentuh. saya teringatkan dia. ye. dia yang mengambil hampir semua isi hati ini dan pergi. pergi jauh. menyepi. tanpa khabar berita. langsung. hampir tiap hari saya pergi ke laman mukabukunya hanya untuk menatap gambar dia. betapa rindunya saya. saya tinggalkan nombor telefon namun tak pernah sekali pun dihubungi. saya rindu. saya cuba untuk mendekati perempuan lain. tapi dia juga yang muncul setiap kali saya cuba untuk menutup mata. saya rindu.

kini dia datang. dia sudah hampir. sangat hampir. hanya Jambatan Pulau Pinang menjadi pemisah antara kami. namun, dia terasa  jauh. sangat jauh. bagaimana saya tahu? dia hubungi saya. melalui sistem pesanan segera di mukabuku. memberitahu bahawa dia ada di sini. saya gembira. sangat gembira. namun...

"awak, saya nak beritahu sesuatu"
"cakaplah awak. :)"
"maafkan saya"
"eh, kenapa pula?"
"mak dengan ayah saya nak jodohkan saya"
diam
"dengan anak kawan ayah"
diam
"awak?"
"awak terima?"
"saya tak tahu lagi"
"kenapa?"
"saya nak belajar dulu."
diam
"maafkan saya"
"takpe. saya masih percaya pada jodoh"
"kita masih lagi boleh jadi kawan kan?"
senyum. kelat.
"boleh kan?"
"ye. kita masih kawan"

malam itu. saya sedih sangat. sangat sedih. namun saya sembunyikan sedih itu. saya lindung dengan senyuman. dengan gelak tawa. namun. saya tahu. saya sedih. sekali lagi saya tinggalkan nombor telefon. namun masih lagi tidak di hubungi.

seminggu kemudian. saya buat keputusan. saya block awak di mukabuku. saya nekad tak mahu fikir lagi pasal awak. saya nak buang segala hubungan saya dengan awak. sekurang-kurangnya, saya cuba. tapi, tiga hari lepas tu. saya unblock awak. saya bukak balik profile awak. awak nampak bahagia. saya nak add awak balik. tapi ego saya halang.

akal saya kata awak dah tak nak kat saya. hati saya kata awak dah tak ingat saya. tapi perasaan saya kata saya kena mencuba. tapi. minoriti sentiasa kalah kan?

so, if you happen to read this. i hope you know that you are the one i am waited for long. and believe me. saya masih percaya pada jodoh.

sekian.

p/s : siapa sangka saya akan menangis di hujung tulisan ini?

2 comments:

  1. jangan sedih beb. jika ada jodoh takkan kemana kan! tenangkan hati dengan mmbusy-kan diri degan aktiviti lain.moga awak dapat lupakan kesedihan awak itu. chaiyok chaiyok!!

    ReplyDelete
  2. biar betol cte kau ni... papepun stay strong k.. x semestnye yg kte nk 2 terbaik utk kte..

    ReplyDelete