October 16, 2012

siapa ketua?

Malam, 10 September, bilik

getaran henfon mematikan lamunanku tatkala aku sedang khusyuk melayari laman burung biru. maklum lah, baru masuk semester. pasti ramai yang masuk menceritakan pengalaman masuk hari pertama di universiti kan. walhal dah setahun dah berada di institusi tersebut. ah, layankan saje. siapa lagi yang boleh di bawa berbual. roomate ku pun bukan di kalangan orang yang aku pernah kenal.

lantas aku capai henfonku yang sudah pun malap cahayanya kerana aku membiarkan saja. getaran pendek. mesej laa tu.

*kau free tak sekarang?*
*free je. kenapa?*
*aku nak jumpa kejap. kat kafe. oke?*
*oke je. tapi kenapa? macam serius je. haha*
*alaa. kejap je. benda penting ni. 10 min aku sampai*

berkerut dahi aku bila baca mesej macam tu. bukan apa. aku ni bukan reti serius sangat. tiba tiba je si amir ni nak jumpa aku pehal pulak kan? dah laa dengarnya dia baru sampai je kampus.

Malam, 10 September, kafe

"kenapa kau nak jumpa aku ni?"
"macam ni. aku nak kau amek benda ni serius."
"umm. ok. apa dia?"
"aku nak kau jadi pengganti aku."
diam
"aku nak kau replace tempat aku as YDP kelab ni."
diam lagi
"aku percaya kau boleh bawak kelab ni lagi baik dari aku bawak."
"woooooo. ape ni? tetibe je. terkejut aku weyh."
"macam ni. aku nak letak jawatan tak lama lagi. dan aku patut untuk cari pengganti untuk bagi kelab ni berjalan lagi."
"dan aku yang kau pilih?"
angguk. senyum.

kata kata amir selepas itu hampir tak terlayan. rasa macam ada beban yang besar jatuh atas kedua bahu aku. aku mintak untuk amir membantu sebab aku pun masih baru dalam kelab ni. amir setuju.

persoalannya di sini bukan percaya. mampukah aku menggalas tanggungjawab tersebut? tenggungjawab sendiri ni pun kadang kadang tak sempurna dibuat. aku terus persoalkan diri aku. malam tu berlalu dengan seribu persoalan.

present day

dua hari lagi kena hantar proposal. proposal projek. nak mintak duit kan? nak kena cepat cepat lah hantar. tak gitu? aku dah rasa tugas ketua ni. walau belum lagi jawatan YDP tu jatuh. tapi aku kena belajar. 

______________________________________________________________________

sebab aku tulis post ni? aku nak ucap terima kasih. terima kasih banyak banyak kepada yang memberi aku peluang merasai "kesengsaraaan" sebagai seorang ketua. haha.

thanks to them. i am here. standing.

Norsahkilah bte Mohd
Herman Shah bin Mohd Abas
my beloved mom and dad
Ameera Nadia, Danial Shafiq, Amir Muhammad, Danny Jafni, Wani Zulkifli, Syafiq Rahim, Diana Abd Rahman, Hazirah Hanim, Zulhilmi Ridzuan, Faridzamil, Zizie Nyza, keluaga Debat DiRaja, keluarga A Walk For Life 2012, keluarga MPDJ dan tak lupa kepada keluarga MRS itu sendiri.

without these guys, i am not who i am right now.

______________________________________________________________________

well, that's that. cukup laa aku post ni. macam aku cerita laa. nak siapkan proposal. -kalah YB- kakaka. wish me luck guys !

p/s : kalau nama korang tak tertulis. jangan marah ea. :)

2 comments:

  1. syafiq rahim tu aq ke..? law bukan aq nk marah ni.... ^_^

    ReplyDelete