September 11, 2012

random things in second year.

assalamualaikum.

maaf lama tak jenguk blog. asyik sangat dengan dunia tulisan 140 aksara. alaa. laman burung biru tu. well. tergerak nak menulis hari ini.

banyak benda happens this few weeks. dari soal kerjaya. harta benda. pelajaran. dan juga hati dan perasaan.

"eh. bukan kau ni  heartless ke?"

haha. jadi. aku akan cerita satu satu. korang baca laa ye.

Kerjaya

macam gempak je kan. padahal kerja MarryBrown (MB) je. restoran makanan segera. well. tak de laa kusut sangat pasal ni. cuma gaji pun ngam ngam soi je laa. keje part-time kan? nak harap gaji banyak. memang tak laa. tapi cukup laa nak cover makan minum bulan first kat USM ni. hahaha.

Harta Benda

cerita pasal barang barang ni. aku beli kasut baru je laa. purple gitu. haha. semua orang jeles. semua orang jeles. dan yes. semua orang jeles. kahkah. oh. aku macam nak pi Popular kat Megamal Penang nanti. nak tambah Koleksi BukuFixi. aku nak sangat baca Murtad & Hilang.sebab dua novel tu yang sibuk diperkatakan ramai. apa? korang nak aku buat review BukuFixi yang aku baca? nanti laa. tunggu masa banyak sikit. hewhew.

Pelajaran

well. aku kini pelajar tahun dua Kejuruteraan Elektronik USM. dah tahun dua oi. dah senior oi. da tua oi. dah ... oi . haha. aku pun tak rasa yang aku senior lagi. banyak lagi yang aku kena belajar sebenarnya. sebab ye laa. orang cakap tahun dua adalah tahun yang paling busy sekali. oh oh. aku ada dapat offer menarik. tapi aku cerita post lain laa. oke?

Hati dan Perasaan

"eh. kata heartless? ni apesal cerita pasal hati dan perasaan ni?"

haha. bukan apa. aku dapat tahu yang si dia kini ada di USM. berpijak di tanah universiti yang sama tetapi kampus yang berbeza. kenapa dia datang sini balik? wallahualam. tapi dia cakap. ibuayah dia dah jodohkan dia dengan lelaki lain. anak kawan ayah dia. sedih jugak bila difikir balik. tapi takpe laa. aku percaya pada jodoh. ye. jodoh.

oke oke. aku rasa dah cukup panjang dah post ni. lain kali aku bagi detail detail ea. salam rusa salam gajah kepada semua pembaca. assalamualaikum.

1 comment: