August 12, 2012

20 years Journey

Malam 10 Ogos 1992

"Mak, Illa duduk bilik mana mak?" tanya ayah sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah nenek di Taman Cempaka.

"Bilik mana entah. tadi ada dia bagitahu. tapi mak tak ingat laa Man." jawab nenek.

"Eh? Illa kat mana mak?" tanya ayah kehairanan.

"Dia dah masuk hospital laa. Man, man." nenek senyum sambil geleng kepala.

begitulah ayah. sentiasa sibuk menguruskan hal mencari rezeki kami anak beranak. dan begitulah emak. selalu merahsiakan perkara yang dia rasa kurang perlu untuk di beritahu. bukan tak mahu beritahu. tapi dia tidak mahu ayah risau dan pekerjaannya terjejas.

3.27 pagi. 11 Ogos 1992.

tangisan bayi kedengaran lantang di bilik bersalin di Hospital Sultanah Aminah hari itu. bayi seberat 3.1 kilogram diurus kemas oleh doktor dan misi misi yang ada. ayah. sanak saudara. keluarga ayah dan emak. walau tidak semua. menantikan kehadiran bayi itu ke keluarga harmoni tersebut. 

"bayi lelaki !" teriak doktor seraya menunjukkan mukanya di muka pintu.

senyum terus terukir di setiap raut wajah mereka. berbunga-bunga hati mereka ketika melihat emak mengendong bayi tersebut.

Hamdan Shaqirin.

itulah nama yang diberi oleh atok. nama yang sering dalam doa. dengan harapan sentiasa diberi doa yang baik baik kepada diri ini.

20 Tahun berlalu. 11 Ogos 2012.

"HAMDAN !! kau pergi kerja jam berapa ni?" jerit emak dari tingkat bawah.

bangun. kesat mata. cari phone. phone mati. jeling laptop. 10.43 pagi.

"orang masuk kerja jam 12 mak." jawab sayu. tapi emak pasti dengar.

lantas bersiap. terus turun. ambik baju di ampaian. sarung. tengok muka emak. dia senyum. geleng kepala.

"dah besar panjang anak mak. gemuk !" kata emak.

aku tersenyum. ye. 20 tahun sudah aku hidup. hanya satu aku terfikir di saat hadirnya 11 Ogos 2012. terima kasih mak. terima kasih ayah. kerana kasih kamu berdua. aku lahir ke dunia ini. terima kasih Allah kerana menghantar rohku ke keluarga yang indah ini. :')

Terima Kasih ! syukur Alhamdulillah. :)

No comments:

Post a Comment