April 15, 2013

rahsia Suami dendam Isteri

ihsan BukuFixi

assalamualaikum.

pertamanya. ini pertama kali aku buat review tentang novel keluaran Buku Fixi

keduanya. aku review dua buku sekaligus. kerana apa? engkorang bacalah.

ketiganya. dah tiga kali aku mainkan lagu Locked Outta Heaven dari Bruno Marikh. oke. takde kaitan.

oke. bermulanya satu review.

*tarik nafas* *tahan*

cara penceritaan S Mara GD dalam dua dua novel ada dua peringkat. satu. peringkat kehidupan mangsa dan sekitar mangsa. dua. saat Kosasih dan Gozali muncul.

jujur aku cakap. bila baca biografi S Mara GD kat depan tu aku tertarik sekali dengan pasangan Kosasih & Gozali ni. Kosasih yang sentiasa telus percakapan dan tangkas pergerakan. Gozali yang misterius yet bernas.

dan S Mara GD ni berjaya untuk buat aku tertunggu tunggu bila watak berdua ini muncul. dan untuk itu. aku suka.

spoiler kemunculan Kos & Goz : Suami chapter 18 | Isteri chapter 17

aku mula mula fikir nak baca Suami ke Isteri dulu. dengan kemusykilan itu. aku pun tanya kat twitter. dan ramai jawab Suami dulu. alasan mudah. Suami terbit 1986. Isteri terbit 1989.

well. kalau engkorang dah baca Isteri tapi belum baca Suami. tak rugi pon. tak de kaitan pon. :p

anyway. dari sudut keseluruhan. aku paling minat dengan cara pendedahan dan deduksi untuk setiap kes. menarik. dan cantik.

akhir kata. salam takziah kepada Lili Handoko, Ester Rumilah, Alma Sumbaga dan Puan Rosalin.

p/s : masih tahan nafas?

No comments:

Post a Comment