April 23, 2013

mari sini Aku Bercerita...



assalamualaikum...

awalnya ingin aku katakan bahawa aku ambil masa hampir seminggu untuk habiskan karya mutakhir Ramlee Awang Murshid (RAM) ini. ini merupakan antara tempoh terlama untuk aku habiskan sesebuah novel atas sebab bebanan masa kerana aku terlibat dengan Debat Piala Naib Cancellor hujung minggu lalu.

oke. itu cuma self proclaim ja. boleh abaikan.

kini mulanya sebuah review...

*tarik nafas* *baca*

reaksi pertama aku baca buku ni adalah...

amboi. macam ni pun boleh jadi cerpen ? style gila !

jadi dengan semangat itu. aku teruskan pembacaan. dan aku rasa untuk review ni. aku buat short review untuk setiap short stories yang ada dalam novel ni.

BUNIAN

cerita ringan berunsurkan fantasi dan cinta sejati namun terlarang tentang dua makhluk yang sememangnya wujud dalam dunia ini. manusia dan bunian. cara penceritaannya menarik kerana mampu menarik aku masuk ke Mukim Lembah Jawi itu sendiri.

CULIK

cerita CULIK ni bagi aku menampilkan sudut RAM yang aku suka. flashback yang sangat menjadi. si psiko yang gila dendam. dan kembali ke unsur ketuhanan. tiga ciri ini yang selalunya membuatkan aku terus minat dengan RAM.

CINTA MATIKU

plot twist yang menarik. penampilan watak yang mengelirukan. dan ending yang aku cukup tak sangka. mulanya ingat cerita ini cerita cinta biasa. namun CINTA MATIKU sememangnya cinta yang luar biasa. dan juga besar.

SANG KANCIL

dalam lima lima cerpen yang ada dalam novel ni. cerita ni aku paling kurang minat. pertama. aku dah menduga jalan cerita. kedua. endingnya kurang mantap. ketiga. apa dia minat kereta Kancil?

CUT

aku tak tahu kenapa tapi aku macam pernah baca cerita Cut Asmidar & Herman ni kat mana mana. mungkin dalam karya RAM sendiri. tapi aku langsung tak dapat nak detect. but ending dia yang lain dari lain ni kira buat aku tersenyum jugak.

secara keseluruhan...

pengwujudan 'Aku' untuk keseluruhan plot ini sangat berjaya. dan yang paling menarik. kemunculan watak watak novel RAM yang lain seperti Tombiruo, Bangsa Polip, Zonan, Alias dan Hizamnuddin Awang membuat aku terimbau kembali cerita RAM yang pernah aku baca. dan sebenarnya. 'Aku' itu sendiri merupakan cerita keenam.

tak sabar nak tunggu karya RAM seterusnya. bila ditanya. RAM jawab.

"Magis. Penggabungan watak watak hero dalam novel novel terdahulu, bertemu dalam satu relung dimensi. Mereka adalah... Laksamana Sunan, Tombiruo, Ryu Watanabe, Mikhail dan Carlos. Cabaran ini sungguh menghambat," -Ramlee Awang Murshid, Tinta Penulis, Aku Bercerita, 2012-

p/s : tak sabar nak tunggu Ryu Watanabe dari Hatiku di Harajuku ! 

No comments:

Post a Comment